Seluruh sistem perlu diubah, bukan seorang sahaja, kata Ku Li
"Tidak boleh hanya satu kumpulan yang menentukan bagaimana untuk mengubahnya. Biarlah rakyat yang tentukan."
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan perubahan negara tidak boleh ditentukan sekumpulan puak sahaja, tetapi perlu diputuskan rakyat sendiri.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata demikian ketika ditanya berhubung perubahan yang perlu dilakukan untuk mengatasi kegawatan ekonomi yang melanda negara ketika ini.
“Memang perlu ada perubahan. Dan bukan ubah seorang sahaja, tetapi keseluruhan sistem.
“Dan tidak boleh hanya satu kumpulan yang menentukan bagaimana untuk mengubahnya. Biarlah rakyat yang tentukan,” kata tokoh veteran UMNO itu dalam sidang media di kediamannya, di sini, hari ini.
Sidang media tersebut berkisar tindakannya menandatangani ‘Deklarasi Kelantan’ minggu lalu yang menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta isu akuan bersumpah bagi membawa usul tidak percaya, juga terhadap Najib.
Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak, dipercayai beliau merujuk kepada gerakan ‘Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia’, usaha bersama pelbagai pihak bagi mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tokoh-tokoh lama seperti beliau sendiri sudah ‘melepasi zaman’ dan perlu menyerahkan hala tuju negara kepada generasi muda.
“Orang seperti saya sudah melepasi fasanya. (Tun) Mahathir lebih tua daripada saya, tetapi jika dia masih ada tenaga dan sumber, terpulang kepadanya.
“Tapi bagi saya, lebih baik jika kita tidak lagi di barisan hadapan. Perkara paling bijak adalah dengan membiarkan orang muda (menentukan hala tuju negara),” katanya lagi.
kuli mana ada tokoh nak jadi pm itu yang pasti
ReplyDeletejadi tukang usong boleh lah
Sapo gatal buat Deklarasi Klate...barua2 penjajoh hok bunuh Tok Janggut masih ado di Klate..benggongggggnyo...
ReplyDelete