Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 24, 2016

Takut bercakap benar atau dah termakan dedak?

Belit mengalahkan Bangla!
Bila dah terbelit maka keluarlah macam-macam hujah untuk mewajarkan termasuklah tukang laungnya

Anina sindir Hadi kerana takut bercakap benar

 | March 23, 2016
Anina turut berkata sangat sia-sia sekiranya menjadi pemimpin jika takut untuk berkata benar
anina
PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut untuk bercakap benar.
Katanya, adalah sesuatu yang sia-sia dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa.
“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.
“Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Anina menegaskan dia tidak takut kepada pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Baginya, dia hanya takut kepada Allah dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya demi bangsa, agama dan negara.
“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam Parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.
“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri.
“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini, Hadi menolak Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hadi berpandangan tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sia-sia.
Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.
Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata PAS bersedia bertindak sebagai penasihat membantu BN mentadbir negara.

2 comments:

  1. ahli PAS berkali-kali kena kencing kepada ulamak PAS.

    bukankah sebelum ini ahli PAS bermati-matian di ajar supaya lawan UMNO, namun sekarang para ulamak PAS telah kencing ahli PAS dan mereka diajak pula untuk lawan DAP dan bercium mulut dengan UMNO.
    Bukankah ahli PAS diminta berdoa munajat dan menadah tangan mengadu kepada Allah mengenai kezaliman UMNO ke atas mereka dan parti PAS. Namun sekarang ahli PAS dipaksa memaafkan segala dosa UMNO oleh setiausaha Agong PAS yang berdrama memberi wala' kepada ulamak PAS.
    Bukankah sudah pekak telinga ahli PAS mendengar ceramah ulamak PAS mengenai kemestian pelaksaan hukum hudud di Malaysia. Namun sekarang ahli PAS terkacing lidah bila ulamak PAS telah u-turn dengan mengatakan bahawa hudud boleh ditangguhkan, semua u-turn ini hanya kerana hendak bertahaluf dengan parti mamak india.

    musim panas kepala sakit dan pening.

    ReplyDelete
  2. Apo nak d kato!Boleh tersedak ooo..lagu ni punya sindiaq,neh nak jadi talibarut amenuuu sgt.!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa