Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 26, 2016

Ku Li adalan calon Kegemaran PAS

Coretan santai

Ku Li adalan calon Kegemaran PAS apabila PR waktu itu mahukan Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM sekiranya berjaya merampas putrajaya. Itu cerita suatu masa dahulu di zaman PR.

Ketika ini kita semua sudah Maklum Ku Li akhirnya sign sd menyokong DS Najib Razak sebagai PM. Kelantangan Ku Li bersama perjuangan R menuntut royalti pada aku hanya dendam kesumat beliau terhadap Tun M yg waktu itu masih Pengerusi Petronas.

Aku bukan penyokong Tun M. Bahkan ketika Tun M dalam ofis, aku dipenjarakan di Kem Tahanan Kemunting sebagai tahanan ISA selama 4 tahun. Bagi aku Tun M hanya seorang mantan PM. Namun dia sekurangnya berjaya membangunkan tanah air ini. Aku tidak sama sekali bersetuju atas pendirian Tun jika mahu turunkan DS Najib atas menyelamatkan Umno. Kerana aku mendengar betapa Tun mahu membela nasib rakyat.

Pada aku isu Rakyat. Siapa pun juara. Kalau dia berjuang Demi Rakyat dia patut diberi sokongan. Namun jika dia menyokong penindasan rakyat dia wajar ditentang.

Dosa silam tun? Sebagaimana dosa Silam kita semua sebagai manusia terhadap manusia lain. Terhadap pihak lain. Terhadap keseluruhan nya. Itu adalah urusan Kita dengan Allah swt. Usaha kita perlu insaf. Muhasabah. Taubat. Dan mohon maaf pd org yang telah kita aniaya. Dan bukan tugas kita yang tidak memiliki sebarang kaitan menjatuhkan hukum pula. Sedangkan sifat Allah swt maha pengampun. Bagaimana kita mengatasi sifat Allah pula? Bukan tak boleh marah pada Tun atas kesalahan lampau Tun namun kita diajar usah tidak terlalu membenci. Bimbang mereka diampunkan sudah. Kita pula yang binasa nanti.

Fokus aku. Deklarasi rakyat yang Tun  bawa bersama Pimpinan PH. Bukan deklarasi selamatkan Umno. Namun itu deklarasi rakyat. Maka rakyat patut menyokong sebarang usaha membela rakyat sehingga peluang membuat perubahan itu tiba.

Siapa pun kita nak undi diwaktu itu hak kita. Namun aku usulkan jika Tun berjaya turunkan ds najib. Pru 14 nanti apakata kita bagi Tun Pulihkan umno semula dari semua kerosakan sejak zaman Tun hingga hari ini. Pesan kat Tun. Kalau Tun perlukan 50 tahun pula untuk betulkan boleh. Namun betulkan ketika Umno direhatkan sebagai kerajaan. Kami sanggup tunggu 50 tahun lagi biar Tun dh betul betul membetulkan Umno.

Selepas itu peranan PH. Jika berjaya pru 14 nanti kemudi lah negara ini Demi Rakyat. Agar rakyat mahu memberi lebih lama cuti buat Umno untuk dibaik pulih Tun. Waktu itu Pas mainkanlah peranan. Sekian lama mahu Umno ikut Islam. Waktu itu paling sesuai menyampaikan islam pada Umno.

Soal negara? Jangan risau Parti Amanah Negara. Sebuah Parti Islam akan memastikan usaha demi rakyat nanti adalah bergerak seiiringan dengan usaha Demi Islam. Agar waktu itu Islam menjadi Syiar paling tinggi ditanah ini. Parti Amanah Negara bersama rakan Pakatan Harapan yakni Parti Keadilan Rakyat serta Dap akan menunjukkan kepada dunia bagaimana seharusnya sebuah Malaysia yang tercinta ini diuruskan.

Saya cuma beri pandangan saya. Dan saya rakyat biasa. Iya hanya rakyat biasa. Dan kerana rakyat untuk rakyat dan dari rakyat seperti saya..saya menyertai muafakat Selamatkan Malaysia dan mengisytiharkan menyokong penuh agenda rakyat Deklarasi Rakyat itu.
Hidup Rakyat!!!
Reformasi!!!
Lawan tetap Lawan!!!
Takbir!!!

25316
Jumaat

#HarapanBaru

Alias Hj Sani
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negeri Sabah

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa