Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 31, 2016

Tak sopan: Ini belum lagi ayah jadi PM!

Anak TPM diminta beradab, jangan hina kru kabin Mas, nasihat Nufam
 | DALIA ISMAIL
Ismail NasaruddinIsmail NasaruddinKesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), mendesak Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid memohon maaf kepada kru kabin penerbangan Malaysia (Mas) kerana memuat naik status di dalam instragramnya kerana menghina pramugari yang dikatakan tua.
Presidennya Ismail Nasarudin berkata, beliau mendapat panggilan dari ahlinya menyatakan mereka kecewa dengan kenyataan Nurul Hidayah yang mengutuk pramugari Mas.
"Beliau sebagai seorang wanita juga harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka.
"Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.
"Ayahnya juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat penerbangan Mas. Saya nasihati beliau jangan mudah lepas kata-kata yang akan menyakitkan hati kaum pekerja wanita dan saya nasihati beliau supaya bersikap 'low profile' dan usahlah mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal dan membawa faedah.
Nurul Hidayah Ahmad ZahidNurul Hidayah Ahmad Zahid"Sikap beliau akhirnya akan memalukan diri sendiri dan mencemarkan nama baik keluarga seorang Timbalan Perdana Menteri di dalam negara kita." ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Nurulhidayah telah memuat naik di laman instagramnya sekeping gambar menunjukkaan beliau sedang menaiki Air Asia, dengan mengatakan:
"Langkah penjimatan syarikat. Naik Air Asia pun boleh. Malaysia Airline hmmm (bapak mahal!!!-bahasa kasar). Pramugari pun dah tua-tua..harap pandangan kasar saya ni tidak di pandang sebagai mencampuri dasar kerajaan yer."
Ismail berkata, perbuatan mengeluarkan kenyataan terhadap pekerja kru kabin wanita oleh Nurulhidayah adalah satu tindakan yang 'amat tidak cerdik' dan tidak sensitif.
"Adakah dia lupa dengan pengorbanan kru kabin Mas yang telah melayan beliau apabila terbang ke merata tempat dengan syarikat penerbangan nasional itu?
"Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah mengguriskan hati ramai pekerja kru kabin. Dia harus meminta maaf kerana mengguris hati mereka.
"Beliau telah pos ayat-ayat yang menyakitkan hati pekerja kru kabin dengan menyatakan pramugari Mas ini ramai yang tua-tua.
"Ini sangat tidak berhemah malah membuat ramai kru kabin Mas marah dengan kutukan beliau.
"Sebagai anak seorang TPM, beliau harus mengambil jalan yang lebih berhemah untuk komen di laman sosial.
"Beliau harus mengambil sikap lebih sensitif dan menjaga tatatertib dengan rakyat.
"Kalau macam ni perangai anak seorang Timbalan Perdana Menteri,maka beliau memang bukan berjiwa rakyat," ujarnya.
Ini ke yang dikatakan tua-tua tu?
aku rasa dia ni dengki kot, sebab walau pun tua tapi lebih cantik dari dirinya yang POYO tu kot?

5 comments:

  1. BAPAK BOREK ANAK RINTIK..KUAH TUMPAH KE NASI JUA..

    ReplyDelete
  2. Masa Paklah PM, menantu banyak campur tangan semua urusan, Hajib PM bini lebih berkuasa dan Najib bawah telunjuknya, bakal Zahid PM anaknya siNurul Hidayah ni akan campurtangan urusan PM. Cayalah...

    ReplyDelete
  3. MINAH POYO tak payah layan. Bila dilayan dia makin syok sbb rasa org tengok post insta dia. Biasalah bila bapak dia Tpm dia rasa dia sikit atas. Kalaulah ..ini kalau jer nih belum tentu lagi... kalau bapakkk dia pm aku rasa MINAH POYO ni makin rasa lagi atas punya. Jenis bengong tak beradab.

    ReplyDelete
  4. tunggu lah bila ayah dia jd pm. adakah episod rosmah najib akan berulang. bodoh la rakyat malaysia kalau biarkan. brp kali nak kena patuk ular

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa