Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 27, 2016

Satu lagi korban 1MDB dan derma RM2.6 bilion

Ku Seman undur, Zam bidas 'binatang politik'
Shakira Buang   Hari ini, 5:43 petang
Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.
Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.

“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia, edisi Ahad Utusan, hari ini, Ku Seman mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya.

Ku Seman turut mengimbas kembali nostalgianya di Utusan bermula hari pertama beliau mendaftar masuk kepada Zainuddin pada 1984.

Sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.

Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada Malaysiakini, Zainuddin mempertahankan tindakan Ku Seman meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu sebagai wajar.

“Kerana kalau beliau tunggu sekali pun ia hanya akan menyeksa diri beliau,’ kata Zainuddin.

Zainuddin berkata apa yang berlaku mengingatkan mereka bahwa dalam dunia kewartawanan juga, “kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan”.

Korban prinsip

Malah, ujar Zainuddin, ia bertambah buruk apabila wartawan hari ini dijadikan alat demi kepentingan politik.

“Di dunia ini wartawan menjadi alat kepada orang-orang yang mahu menjadikan mereka alat pemimpin.
“Tapi dalam soal Ku Seman berbeza di mana saya melihat beliau ini berbeza.

“Ku seman adalah pengarang yang paling terbilang di mana beliau sanggup berkorban untuk prinsip dia semata-mata memikirkan masa depan dan ketamakan pemimpin politik sedia ada,” tambah Zainuddin.

Menulis di blognya, Zainuddin berkata, rakan-rakan Ku Seman telah diberitahu sebelum ini bahawa beliau akan berhenti.

Ku Seman tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.

Usaha menghubungi Ketua Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak juga belum berhasil.

2 comments:

  1. tak ramai pun wartawan yang berani menulis ynag betul yang ramai jadi situkang pukul lebih lerbih lagi kalau milik amno

    ReplyDelete
  2. Membinatang pun sanggup dia ucapkan konon mengatasi kemanusiaan untuk manusia yg telah mengorbankan sebegitu banyak masa dan prinsip.
    Habis manis sepah dibuang
    MENGELING ( bukan mengerling ya ) sungguh menonjol sikap azali simata bundar berkulit gelap kasar dan menghidung tinggi, bagikan sikaduk naik junjung, diangkat memijak pengangkat, disuap menokak penyuap, itulah sikap sigelap mata bulat berhidung meninggi
    Paham tak korang sume?
    Apa yg akku tulis kat atas ni khas utk orang yg ada dalam gambar diatas

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa