Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 26, 2016

Kematian Allahyarham Aminulrashid: Kenyataan Umum SAMM

Kenyataan Umum
26 Mac 2016

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terkilan dengan sikap angkuh Ketua Polis Negara yang enggan memohon maaf atas kematian Allahyarham Aminulrashid yang ditembak oleh seorang anggota polis 6 tahun yang lalu.

2. Apakah Ketua Polis Negara tidak mempunyai sedikit belas ihsan terhadap keluarga Allahyarham yang "terpaksa" kehilangan seorang anak? Bukanlah sesuatu yang merendahkan imej dan maruah seorang Pegawai Tertinggi Polis DiRaja Malaysia untuk memohon maaf kepada keluarga Allahyarham atas tindak-tanduk anggotanya yang telah meragut nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

3. Kerana kegagalan Khalid, rakyat terbazir lebih RM 400,000. Duit rakyat terpaksa dikeluarkan untuk membayar saman tersebut kerana kegagalan Khalid mengawal tindak-tanduk anggota bawahannya.

4. Ketua Polis Negara juga perlu menjawab kenyataan berikut :- "Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakimannya menyebut Khalid “memberikan sidang akhbar bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh Jenain”.

5. Adalah sangat tidak bermoral bagi seorang Ketua Polis Negeri untuk bertindak menutup kesalahan yang dilakukan oleh anggota bawahannya. Sebagai seorang Ketua Polis Negeri ketika kejadian, Khalid tidak sepatutnya "bias" hanya kerana Jenain adalah seorang anggota polis. Sebarang perlakuan jenayah perlu diaiasat secara adil walaupun ia dilakukan oleh seorang anggota polis.

6. Penghakiman tersebut juga menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti Khalid untuk berlaku adil dalam memegang amanah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara ketika ini.

7. Khalid terus kekal ego dan angkuh. Khalid sepatutnya dipecat atau jika beliau mempunyai sedikit maruah, beliau harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara dengan segera.

8. Perdana Menteri dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong perlu mengambil perhatian serius akan perkara ini.  Sekiranya Khalid terus kekal sebagai Ketua Polis Negara bukan sahaja imej dan kredibiliti pasukan Polis DiRaja Malaysia akan tercemar teruk bahkan juga imej anda yang melantik juga turut tercemar.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda SAMM

- akramin_84

IGP: Tidak akan minta maaf, tidak akan letak jawatan

 | March 25, 2016
Khalid tidak akan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah.
Aminulrasyid Amzah
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak akan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, dan tidak akan meletak jawatan.
Beliau menegaskan perkara itu dalam sidang media pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 Tahun 2016, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.
“Pasal (kenapa) apa pula saya hendak mohon maaf. Saya tidak akan mohon maaf,” ujarnya ringkas.
Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu Khalid mengambil tanggungjawab di atas perbuatannya dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Aminulrasyid.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Khalid bersalah dan memerintahkannya untuk membayar ganti rugi RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.
Ini berikutan kenyataan Khalid yang dibuat sehari selepas berlakunya kematian Aminulrasyid dengan mendakwa, polis telah menemui sebilah parang dan mendakwa Aminulrasyid cuba melanggar kereta polis.
Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati anggota peronda polis berhampiran rumahnya dalam satu kejadian kejar-mengejar berkereta di Shah Alam pada jam 2 pagi, 26 April 2010. Menurut laporan kejadian, arwah memandu kereta Proton Iswara milik kakaknya tanpa berlesen, dan melarikan diri daripada polis ketika diarah berhenti.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mahu Khalid mengambil tanggungjawab dan melepaskan jawatan, kerana melindungi pagawai bawahan yang didapati bersalah akan kematian Aminulrasyid.
Khalid bagaimanapun menepis gesaan itu.
“Semua dia (pihak yang mendesak letak jawatan) hendak saya letak jawatan. Setiap kali minta saya letak jawatan. Dia bukan saya punya tauke (bos),” katanya tegas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa