Khazanah negara pupus jika pemimpin rasuah – Sultan Selangor
Selain budaya rasuah dan fitnah yang berleluasa, kegemilangan sesebuah negara juga akan runtuh akibat kehidupan bermewah-mewah dalam kalangan pemimpin.
SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah khazanah negara yang dianugerahkan Allah akan pupus sekiranya pemimpin bergelumang dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tamak haloba.
Baginda bertitah, hawa nafsu manusia tidak mempunyai batasnya seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin besar India Mahatma Gandhi ‘The world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’ greed’.
Sultan Sharafuddin turut mengambil contoh ahli sejarah Edward Gibbon dalam karya agungnya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire’ yang menceritakan bagaimana Empayar Rom yang besar, kuat dan gemilang menjadi runtuh dan hancur akibat budaya rasuah serta fitnah yang berleluasa.
“Dan menjadi barah di kalangan pimpinan tertinggi akibat daripada gaya kehidupan bermewah-mewah.
“Beta mahu seluruh rakyat bersatu padu dan kekuatan perpaduan rakyat beta digerakkan berlandaskan nilai dan prinsip yang murni demi kedaulatan negeri dan kesejahteraan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-14 tahun 2016 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam di Selangor agar berpegang kepada ajaran dan amalan ahli sunnah wal jamaah serta menghayatinya dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan toleransi.
Baginda bertitah, ini disebabkan umat Islam di dunia hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti fahaman radikal, gerakan militan, dan ajaran sesat akibat dari salah faham terhadap ajaran Islam
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa