Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 26, 2016

MB baru Kedah cuba sogok Kelab2 Bola Sepak Kedah?

Jom balun umno pulak

CUBAAN DATO BASHAH SOGOK KELAB KELAB PENYOKONG HIJAU KUNING DAN LANG MERAH GAGAL.

Umum mengetahui MB Kedah yg baru tidak diterima oleh penyokong2 bolasepak  di negeri Kedah. bukti jelas apabila hampir 20 ribu peminat bolasepak kedah booo Dato Bashah baru2 ini sejurus MC mengumumkan nama MB Kedah yg baru itu. Sejarah baru yg ditempa Dato Bashah dibumi Jelapang Padi.

Kelmarin, Dato Bashah mohon berdamai dgn penonton bolaspak kedah dgn menawarkan berbagai habuan dan ganjaran kpd Kelab kelab penyokong bolasepak ini. Sekali lagi Dato Bashah cuba menggunakan kaedah Cash Is King kpd Ultras Kedah dan lain2 Kelab penyokong.

Malangnya, reaksi awal yg ditunjukkan oleh warga jelapang padi ini amat mengejutkan. Suara anak muda kedah yg setia dgn Lang Merah bertaburan dilaman sosial. Mereka menolak cara Dato Bashah secara total sambil melaungkan amaran " Tak semua org boleh dibeli"

Maruah dan harga diri tersemat disanubari. Selama ini pun segala perbelanjaan sanggup ditanggung sendiri demi pasukan bolasepak negeri. Cara yg diajar oleh Dato Seri Najib kpd Dato Bashah jgn dibawa ke bumi Hijau Kuning yg berdaulat ini. Anak muda Kedah lbh sanggup berbelanja dgn keringat sendiri dari menjadi pemakan dedak yg x punya harga diri.

Kepada Dato Bashah, datanglah sekali lagi ke Stadium Darul Aman ini, ada mesej yg ingin kami sampaikan kali ini agar Dato Bashah benar2 memahami apa itu maruah dan harga diri. - Hijau Kuning Darahku!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa