Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 25, 2016

Ada wala,un peduli?

Added on March 24, 2016 PAS
PAS berisiko hilang banyak kerusi – Penganalisis
Kuala Lumpur – PAS, yang kini bergabung membentuk blok pembangkang baharu dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), berhadapan risiko tinggi untuk kehilangan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata gabungan PAS dan Ikatan yang membawa kepada penubuhan blok politik ketiga itu tidak membawa impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan.

“Gabungan tersebut merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana parti politik dan ia adalah bentuk kerjasama untuk berkongsi kekuatan. Namun begitu, PAS tetap akan berhadapan cabaran besar pada PRU nanti kerana Ikatan adalah sebuah parti baharu, yang hanya ditubuhkan tahun lepas.

“Selain BN, PAS juga perlu bersaing dengan bekas rakan sekutu mereka iaitu PKR dan DAP yang kini bergabung dengan ‘serpihan’ PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding merebut kerusi PAS,” katanya kepada Bernama.

Pada 16 Mac lepas, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14. Penubuhan permuafakatan itu menjadikannya sebagai blok ketiga politik di negara ini selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Pada pilihan raya umum ke-13, PAS, yang ketika itu bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat memperoleh 21 manakala PKR (30) dan DAP (38) daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Md Shukri dalam masa sama berkata Amanah dianggap seteru PAS kerana jelas berniat mengambil alih peranan parti itu dalam politik semasa.

Beliau berkata PAS perlu mencari rakan strategik yang berpengalaman dan mempunyai kekuatan untuk meneruskan kelangsungan politik mereka.

“PAS perlu bekerjasama dengan UMNO bagi memastikan kepentingan politik Melayu dan Islam terpelihara. Keterbukaan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bekerjasama dengan PAS sepatunya disambut baik oleh parti itu.

“Jika PAS melepaskan peluang ini, PAS akan menghadapi cabaran besar untuk mempertahankan survival parti daripada terus menjadi sasaran serangan terutamanya DAP melalui Amanah,” katanya. – Bernama via KLPost

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa