Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 27, 2016

Menjawab kenyataan presiden PAS

Politik Menangguk di Air Keruh:-

Menjawab kenyataan presiden PAS

Politik merupakan satu seni bagaimana mengurus manusia dan harta. Politik menrupakan suatu perkara yang dinamik dan sentiasa berubah-rubah

Suasana politik semasa khususnya di Terengganu dilihat semakin tidak stabil akhir-akhir ini. Dengan hanya berkelebihan 2 kerusi di DUN Terengganu,Umno sebenarnya tidak mempunyai cengkaman kuasa yang kuat di Terengganu. Tindakan ADUN Kijal baru-baru ini yang mengusulkan undi tidak percaya menggoyahkan lagi kerajaan Barisan Nasional di Terengganu.

Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato Ahmad Razif sememangnya dilihat lemah dan tidak mampu untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di negeri Terengganu,contohnya isu belanjawan negeri yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun tetapi tidak memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Konflik yang berlaku memungkinkan kerajaan Barisan Nasional Terengganu akan jatuh. Kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang yang menyatakan bahawa prinsip PAS tidak mahu mengambil kesempatan dalam pergolakan politik di Terengganu untuk merebut kuasa dengan berkata "Tidak mahu menangguk di air keruh" sebenarnya membelakangi aspirasi rakyat Terengganu untuk melihat satu pentadbiran yang telus dan baik.

Hj Hadi telah gagal membaca isi nurani rakyat Terengganu  yang kesuluruhannya telah sekian lama hidup dalam kesempitan dan kesusahan.

PAS telah pun terpisah dari realiti politik negeri Terengganu. Rakyat Terengganu mengimpikan sebuah parti dan pemimpin yang mampu untuk membawa aspirasi mereka dan dapat membela rakyat dari kezaliman kerajaan umno Terengganu.

Jika PAS ingin untuk menjadi pemain politik utama di negeri ini, PAS sepatutnya mendahului aspirasi rakyat,jangan hanya mendatangkan hujah-hujah agama tanpa penyelesaian masalah yang tuntas.

Rakyat Terengganu telah muak dengan politik dalil agama tanpa penyelesaian yang praktikal.

Sikap PAS dalam isu di Terengganu hanya akan membenarkan lagi persepsi pergabungan UMNO DENGAN PAS.Apatah lagi ianya telah disahkan di Sidang PARLIMEN TADI. Rjuk LINK SIDANG PARLIMEN DIBAWAH.

Jika ingin menjadi sekadar penasihat eloklah pimpinan PAS memohon kepada pendaftar petubuhan untuk mengubah status PAS daripada sebuah parti kepada sebuah NGO.

Rakyat Terengganu memerlukan sebuah parti yang kuat dan mampu untuk menghapuskan kezaliman umno, bukan parti yang sibuk mencanangkan sebagai penasihat tetapi nasib rakyat marhaen tidak terbela.

WAJARLAH PARTI AMANAH  DIWUJUDKAN DAN MENGAMBILALIH PERANAN PEMBELA RAKYAT DENGAN MOTTO RAHMATAN LILALAMIN DAN PENENTANG KEZALIMAN UMNO/BN.

SOKONGLAH AMANAH UNTUK KESEJAHTERAAN SENUA RAKYAT TANPA BATAS BANGSA DAN AGAMA!

https://www.youtube.com/watch?time_continue=42&v=Hf7aB03b-Oc

2 comments:

  1. PAS sudah tidak relevan. Amanah dan Pakatan Harapan adalah pilihan yang tepat untuk masa depan rakyat Terengganu.

    ReplyDelete
  2. pas oh pas. berbelit tuang presideng, pas pun sama tungging langgang. tp wala' mesti wala'.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa