Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 28, 2016

Kenyataan Media: Kini Pak Lah jadi penasihat Petronas, nak serah blok mana pulak?

Kenyataan Media.

MASA JADI PM, BLOCK L & M DISERAH KEPADA BRUNEI. KINI PAK LAH PENASIHAT PETRONAS HENDAK SERAH BLOCK APA PULA?

1. Saya terkejut dan hairan kenapa Tun Abdullah (Pak Lah) dilantik menjadi Penasihat Petronas menggantikan Tun M yang dilucutkan jawatan tersebut kerana menggagaskan Deklarasi Rakyat menuntut Najib mengundur diri daripada jawatan Perdana Menteri.

2. Apakah perkiraan pemilihan dan perlantikan Pak Lah yang diputuskan oleh Kabinet Najib? Sejarah Pak Lah semasa menjadi PM telah menyerahkan telaga minyak block L dan M yang mempunyai hasil yang lumayan menjadi sebahagian daripada wilayah Brunei. Meskipun sebelum  ini ia menjadi milik Malaysia dengan Petronas telah "award" kepada Murphy Oil untuk usaha cari gali.

3. Tidak mungkin Petronas begitu bodoh dan tidak tahu block L & M bukan berada dalam EEZ Malaysia. Mengikut penjelasan Murphy Oil,  Petronas telah memaklumkan melalui surat penamatan kontrak  perkongsian  pengeluaran untuk block L dan M kerana padang minyak tersebut bukan lagi sebahagian daripada Malaysia. Surat tersebut dihantar kepada Petronas pada 21 April 2010. Penyerahan block L dan M diserahkan kepada Brunei sebagai pertimbangan untuk Limbang terus kekal menjadi milik Malaysia.  Mengikut laporan Bernama pada 16 Mac 2009 di Bandar Seri Banggawan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah  menyatakan bahawa ; "Brunei telah secara rasminya menggugurkan tuntutan ke atas Limbang. Pengguguran tuntutan Brunei itu adalah sebahagian daripada pertukaran surat-surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

4. Persoalannya ialah tiada pernah pun berbangkit pertikaian tuntutan bertindih ke atas Limbang. Kalau pun benar ada tuntutan Brunei ke atas Limbang, sepatutnya Tun Pak Lah sebagai PM pada masa itu membawa ke pertimbangan Mahkamah Antarabangsa. Apa yang menghairankan pula ialah pada 18 Mac 2009, The Brunei Time melaporkan bahawa Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng menyatakan isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani yang menyelesaikan isu dua hala yang tertangguh antara Brunei dan Malaysia.

5. Apa yang berlaku ialah Tun Pak Lah telah pun menyerahkan block L dan M yang merupakan wilayah Malaysia kepada Brunei. Perlantikan Pak Lah sebagai Penasihat tidak akan  membantu menaikkan imej dan keyakinan dunia kepada Petronas. Perlantikan Tun Pak Lah hanya lah kerana sokongan dan taat setianya Tun Pak Lah  kepada Najib walau berbagai salah laku Najib dipersoalkan rakyat. Rakyat Malaysia sedang menanti dengan penuh debar kalau-kalau Tuan Penasihat yang baharu ini pula akan nasihat Najib untuk jual Petronas!

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#ReformMalaysia
#BebasAnwar

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Mac 2016/ 18 Jamadil Akhir 1437

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa