Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 30, 2016

Haa......silap-silap Husam pula dilabelkan 'Barua'!

Husam gesa PAS berubah, sertai arus kebangkitan rakyat
29 Mac 2016 | BORHAN AHMAD
Penceramah di Pentas Selamatkan Malaysia

Datuk Husam Musa menggesa PAS agar segera membuat keputusan untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat menolak kemungkaran yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya nasihatkan parti saya supaya cepat-cepat bersama dengan kebangkitan rakyat ini dengan menolak kemungkaran Najib dengan mempunyai pendirian yang tegas dan selari dengan rakyat," kata bekas naib presiden PAS itu di Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan Jaya malam tadi.
Husam Musa di Pentas Selamatkan Malaysia

Husam yang juga Adun Salor, Kelantan hairan dengan pendirian presiden dan mursyidul am parti itu yang tidak tegas dalam membuat pendirian dalam sesuatu perkara.

"Cara presiden saya dan mursyidul am saya bercakap tonggang-langgang. Mereka kata Najib kena kekal sampai pilihan raya kerana takut huru-hara berlaku (jika Najib turun).

"Tun Mahathir dan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) berhenti tiada huru-hara pun, takkan Najib lebih hebat dari Mahathir dan Pak Lah sehingga kalau dia berhenti Malaysia mesti huru-hara," kata Husam di majlis itu yang turut disertai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Bagi Husam, kalau dibiarkan kemungkaran yang dilakukan oleh Najib ini ia bertentangan dengan prinsip Islam.

"Kita akan bercanggah dengan prinsip Islam iaitu tidak tegur kemungkaran yang dibuat. Mudarat kepada negara, pecah amanah dan salah laku ini kita biar kerana semata-mata ada sedikit sebanyak perkara yang saya tak tahu apa dia, yang saya yakin bukan kerana dedak.

"Saya harap parti saya tak makan dedak," kata Husam yang disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang hadir.

Husam menegaskan, dia membuat teguran terbuka ini kerana mahu pemimpin dan ahli PAS turut bersama dalam arus perdana politik negara ini.

"Ahli dan pemimpin saya perlu bersama dan jangan ragu-ragu untuk menyertai kebangkitan ini kerana ia disokong oleh semua rakyat," kata Husam.

Beliau juga berdoa agar Mahathir yang sudah berumur 92 tahun itu panjang umur untuk melihat perubahan ini.

"Saya berdoa agar Tun Mahathir panjang umur supaya boleh melihat perubahan itu dan boleh bangga melihatnya nanti," kata Husam.

Bagi beliau,  semua rakyat sudah bosan dan jemu dengan apa yang berlaku dalam negara ini dan "kita perlu satu jalan keluar dengan satu formula baru untuk selamatkan negara di masa depan."

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa