Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 30, 2016

Apa macam Arul........takkan selamanya nak berlindung di bawah OSA?

Kaitan 1MDB-LTAT: Rafizi sedia debat Arul Kanda dalam lokap

 | March 30, 2016
Ini kerana apa yang terkandung dalam dokumen yang dilindungi Akta Rahsia Rasmi jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan Arul.
VIDEO INSIDE
rafizi,aul-kanda
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sedia berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dalam lokap sekiranya beliau ditahan kerana mendedahkan maklumat berkaitan syarikat itu.
Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Rafizi mendakwa apa yang terkandung dalam dokumen yang dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan Arul.
“Jika mendedahkan dokumen kerajaan adalah kesalahan di bawah OSA, ini juga kesalahan yang jelas di bawah pelbagai akta.
“Saya sedia beri keterangan tetapi saya mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar beri jawapan sama ada siasatan dan layanan sama turut akan dikenakan terhadap Arul Kanda.
“Jika saya ditahan reman dengan tidak berselipar dan berbaju ungu, Arul pun perlu begitu. Dia boleh ditahan di sebelah lokap saya dan kami boleh berbahas,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap Arul Kanda dan pasukan pengurusan 1MDB berhubung dakwaan pecah amanah – yang menurut Rafizi terkandung dalam sebuah dokumen OSA itu.
28 Mac lalu, Rafizi mendedahkan dokumen daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) akan datang keatas 1MDB yang dirahsiakan dibawah OSA.
Dokumen itu dikatakan menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Polis kini sedang menyiasat samada benar dokumen tersebut sebahagian daripada LKAN dan dirahsiakan dibawah OSA.
Rafizi mendakwa kesalahan yang Arul lakukan seperti yang dilaporkan dalam dokumen itu jelas menunjukkan kesalahan di bawah pelbagai akta, termasuk Akta Syarikat 1965, dan Kanun Keseksaan.
“Ini adalah satu kesalahan jenayah. Sebab itu kami buat laporan polis terhadap Arul dan pasukan pengurusannya.
“Selama ini Arul sering beri alasan masalah 1MDB berlaku sebelum dia jadi CEO. Tetapi bukti dari LKAN jelas menunjukkan 1MDB terus melanggar undang-undang di bawah pengurusannya.
Minggu lalu, Rafizi berkata tunggakan 1MDB kepada anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), setakat September tahun lalu mencecah RM396.41 juta.
Tunggakan itu, dakwanya, memberi kesan langsung keatas aliran tunai LTAT sehingga menyebabkan kelewatan membayar gratuiti kepada veteran-veteran askar tak berpencen.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa