Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 28, 2016

Sapa agaknya mabuk pil kuda nih ..?

Berita gempar pagi nih...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan anggota parti itu agar tidak menyertai "Deklarasi Mahathir" kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

"Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita.

"Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, Batu Kurau di Larut, semalam.

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

* aku tak berapa nak faham doh, pe benda kau cakap nih ...

Yang aku tau bila PAS dah keluar PR dan tubuh blog ketiga, maknanya tiga penjuru. Jadi aku hanya mahu menangkan PH .. no more PAS


Ketika allahyarham Nik Aziz masih ada, dia pernah pesan. Kekuatan UMNO pada dua tongkatnya ... MCA dan MIC.


La ni MCA dah sesak nak mampus, MIC dah lama kena kapan .. jadi robohlah dua tongkat tu.. 


UMNO dah tak kuat, huru hara kerana Najib, tetiba Hadi hulur tongkat bagi tangki oksigen ... pui .... pebendo nih ..?


Siap boleh nak pi nasihat lagi ..? 


Sapa agaknya mabuk pil kuda nih ..?


- sumber

5 comments:

  1. Ulaumak ke ni .........kalau betul ulamak maka sah lah ayoh pin pun ulamak! Ulamak tolol confirmed.........

    ReplyDelete
  2. Memang ulamak bertindak menggunakan akal dan kaedah yang menguntungkan, berfikir dan mengauli urusan dunia dan akhirat berlandaskan Al-Quran dan hadis.

    Politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang ada hidayah kerana politik kita ada perhintungan dosa dan pahala.

    Pak Din biasa ke makan pil kuda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....ayat Al Quraan mana yg HH pakai untuk menyokong Najib menjahanamkan negara?

      Bat8

      Delete
  3. ala cuma 1% je ahli pas yg joint amanah...pas masih kuat.
    cuma nk menyedap kan hati sendiri je.mcm umno la..kata ada 3 juta ahli..
    dengan sikap nya telah berubah dari musuh kepada kawan...agak agak semua ahli nk mengikut pas lagi ke?
    kepada yg berfikiran waras..boleh berfikir dengan baik..rasanya pas bukan satu pilihan yg betul.
    tak sampai setahun..hancur hancur semua yg di perjuangkan...

    ReplyDelete
  4. ala cuma 1% je ahli pas yg joint amanah...pas masih kuat.
    cuma nk menyedap kan hati sendiri je.mcm umno la..kata ada 3 juta ahli..
    dengan sikap nya telah berubah dari musuh kepada kawan...agak agak semua ahli nk mengikut pas lagi ke?
    kepada yg berfikiran waras..boleh berfikir dengan baik..rasanya pas bukan satu pilihan yg betul.
    tak sampai setahun..hancur hancur semua yg di perjuangkan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa