Friday, 25 March 2016
JASA MENOLAK NAJIB LEBIH BESAR DARIPADA 22 TAHUN MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI
Dalam usia melebihi 90 tahun, Tun Mahathir Mohamad ternyata masih gagah dan tidak pernah habis ikhtiar dalam usahanya mahu menyingkirkan Najib Razak.
Daripada menulis di blog, bercakap dengan media, menghadiri pelbagai program, membuat rayuan agar melakukan undi tidak percaya, mengusahakan Deklarasi Rakyat dan terbaru pula menyaman Najib di mahkamah.
Dalam masa yang sama, Ahad 27 Mac ini pula, beliau akan memberikan ucaptama dalam Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre bersama tokoh-tokoh pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil negara ini.
Terdengar khabar-khabar bahawa selepas kongres itu, Tun Mahathir turut menyatakan kesediaan untuk turun ke negeri-negeri bagi menemui rakyat yang menyokongnya.
Tujuan turun ke negeri-negeri itu tidak lain ialah bertujuan untuk memberi lebih tekanan kepada Najib, selain sebagai salah satu usaha mengumpul sebanyak mungkin tandatangan bagi Deklarasi Rakyat.
Sama seperti gigihnya beliau membangunkan negara selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, begitulah usaha kerasnya dalam menolak Najib sekarang ini.
Dalam usia yang sepatutnya lebih banyak berehat, semua ini dilakukannya demi kepentingan negara dan maruah rakyatnya.
Selama ini Tun Mahathir membangunkan negara dengan berjaya membina KLCC, Putrajaya, KLIA, Cyberjaya, Litar Sepang dan lain-lainnya adalah semata-mata untuk mengangkat martabat negara di mata dunia.
Ia menjadikan masyarakat dunia memandang tinggi kepada negara kita, malah ketika pentadbiran Tun Mahathir, ke ceruk dunia mana pun kita pergi, mendengar pujian dan sanjungan bukanlah perkara yang luar biasa.
Tetapi semua keagungan dan sanjungan itu musnah di era Najib berikutan kemeut 1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterima di dalam akaun peribadinya.
Dalam usaha memperkukuhkan kuasanya, beberapa institusi awam seperti Jabatan Peguam Negara, polis, SPRM dan Bank Negara turut dikacau-ganggu kemudiannya.
Akhirnya, bukan saja media-media antarabangsa banyak memberi laporan buruk mengenai Malaysia, malah agensi penguatkuasa beberapa negara juga telah memulakan siasatan mereka.
Dengan itu, jika kita keluar negara, soalannya lebih bernada "apa sudah jadi dengan negara anda sekarang ini?"
Imej negara sudah menjadi begitu buruk sehingga apabila kita ke luar negara, kita seperti tidak mampu lagi berjalan mendongak seperti selalunya.
Lebih ramai yang berjalan menunduk kerana malu bertentang mata dengan masyarakat luar yang mungkin menyoal keadaan semasa dalam negara atau tersenyum-senyum sinis kepada kita.
Tidak kurang juga ada yang memberitahu, mereka lebih selesa mengaku berasal daripada Singapura atau Brunei jika ke luar negara.
Hakikatnya, imej buruk kepada negara yang diakibatkan oleh Najib ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana era sebelum ini.
Lantaran itu, apabila Tun Mahathir terus berusaha menyingkirkan Najib, ia tidak lain adalah untuk memulihkan imej dan maruah negara.
Jika beliau memikirkan kepentingan diri, keluarga dan masa depan anak-anaknya dalam politik dan perniagaan, menyokong dan terus berada di sisi Najib yang mengaku mengamalkan "cash is king" adalah jauh lebih menguntungkannya.
Namun, sudah tentu pertimbangan untuk negara melebihi segala-galanya bagi Tun Mahathir. Hanya dengan Najib disingkirkan, imej dan maruah negara dapat dipulihkan, bukan saja di kalangan rakyatnya, malah juga di peringkat antarabangsa.
Hanya dengan penyingkiran Najib juga, semua pembangunan fizikal dalam negara ini benar-benar bermakna dan kita semua dapat berjalan mendongak semua apabila ke luar negara.
Sebab itu, usaha menyingkirkan Najib ini mesti disokong oleh kita semua kerana nilainya lebih besar daripada 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini. (SH 25/03/2016). - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa