Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, March 29, 2016

Tak tahu atau buat-buat tak tahu?

SAYA tak pasti, sama ada walaun tak tahu atau buat-buat tak tahu apa poin kes yang dibangkitkan dalam isu nik amar dan range rovernya.

Jika anda bagi soalan objektif kepada budak sekolah menengah, mana satukah kesalahan dalam kes ini? Adakah kerana:

1. beli range rover yang murah?
2. berkawan dengan Penjual range rover?
3. berkawan maka dapat murah sebab semata-mata kawan?
4. Range rover murah yang dijual oleh kawan yang terlibat dengan syarikat yang mendapat projek-projek di kelantan?

Saya yakin budak sekolah menengahpun boleh jawab soalan objektif di atas, tak perlu nak ambil jurusan undang-undang.

Dari segi Islam, seseorang yang memegang jawatan tidak boleh mengambil hadiah kecuali daripada seseorang yang sudah biasa memberinya hadiah sebelum seseorang mendapat jawatan.

Keharusan menerima hadiah bukan disebabkan oleh kawan atau bukan kawan, tetapi disebabkan oleh adat pemberi hadiah; jika sudah menjadi adatnya memberi hadiah sebelumnya, maka diharuskan. Jika tidak maka ia tidak diharuskan. Ia merujuk kepada kaedah adat boleh menjadi hukum (العادة محكمة).

Kuncinya untuk mengetahui sama ada ia halal atau haram menerima sesuatu hadiah sebagaimana soalan nabi SAW: "jika kamu berada di rumah bapa kamu (tidak memegang jawatan ini), adakah dia (pemberi hadiah) akan memberikan hadiah ini kepada kamu?" Jika jawapannya tidak, maka ia dianggap sebagai rasuah (diinan دينا dan kadangkala qadhooan قضاء).

Ini dalam keadaan pemberi hadiah tidak mempunyai apa-apa kepentingan projek dan lain-lain. Tetapi apabila pemberi hadiah itu mempunyai kepentingan seperti ada projek yang dipohon atau yang telah diluluskan, maka ia boleh dianggap sebagai suapan (rasuah) bukan sahaja dari segi islam, tetapi mana-mana sistem duniapun.

Dalam satu riwayat, isteri Saidina Umar pernah menghantar hadiah kepada pembesar Rom, dan apabila pembesar Rom membalas semula hadiah tersebut, Saidina umar minta ia dibandingkan dengan nilai hadiah yang dihantar isterinya. Jika nilai balasan pembesar Rom lebih tinggi, maka ia tidak boleh diterima (diberikan kepada orang lain dan sebagainya).

Hari ini pegawai dibelanja minum air perkara biasa sekalipun dalam Islam dianggap sebagai Rasuah Diinan justeru dalam amaun yang kecil dan pegawai SPRM pun takkan buka fail.

Kalau belanja range rover maka ia akan jadi Rasuah Qadhaan dan dari segi konvensional pun boleh sangkut rasuah jika yang tukang belanja range rover ada kepentingan untuk dapatkan projek dan orang yang dibelanja range rover ada kuasa meluluskan projek.

Sahabat saya pernah membuat projekk Takaful di singapura. Pegawai (project manager) yang ramah di office, tetapi sebaliknya tidak kelihatan ramah apabila diajak minum air sewaktu jumpa di parking kereta.

Ia menjelaskan beliau menolak disebabkan etika dan bimbang dilihat 'conflict of interest' serta disyaki 'dibelanja'. Mereka lebih maju bukan kerana mereka (Singapura) adalah Cina atau mereka non-muslim, tetapi etika Islam itu mereka amalkan lebih daripada kita orang Islam.

Dalam kes nik amar, bagi saya masih terlalu awal untuk saya dan rakyat menghukum. Biarlah SPRM yang siasat dan mahkamah yang tentukan. Cuma fokus saya dalam artikel ini, poin-poin pembelaan walaun dalam isu range rover nik amar ini sangat melucukan.

Saya nampak pembelaannya boleh membawa rebah, bukan pembelaan yang boleh membawa selamat. 

Zaharudin muhamadi– HARAMKAHDAILY 28/3/2016

1 comment:

  1. an anonymous aka wan rosli dah jatuhkan keputusan LGE bersalah krn beli rumah murah. skrg aku nak tgk apa kata dia berkenaan kes range rover ni. tentu mcm2 dalil dan nas akan diberikan utk menghalalkan urusan pemimpin pas ni. ulama pas kan suci belaka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa