Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 23, 2016

Saman Najib: Adakah benar serius atau ianya gimik?

Saman Dr Mahathir terhadap Najib hanya gimik politik - Nur Jazlan

Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan 1MDB, dana RM2.6b
Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan 1MDB, dana RM2.6b
Bekas PM itu bersama-sama dengan Khairuddin dan Anina failkan satu tindakan mahkamah hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah menfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Selain Dr Mahathir, dua plaintif  lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas Wanita UMNO Anina Saadudin.

Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman, Tetuan Haniff Khatri.

Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir menfailkan saman terhadap Najib.



Anina Saadudin added 2 new photos.
3 hrs
Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia.
SEKALI LAGI saya memgambil keputusan nekad mengheret Najib Razak ke muka pengadilan di mahkamah yang mulia.
Kes terbaru telah difailkan di Mahkamah Tinggi sebentar tadi jam 10.30 pagi.
Kali ini saya bersama-sama TUN MAHATHIR MOHAMMAD dan DATO SERI KHAIRUDIN berhadapan Najib Razak di mahkamah yang mulia jika benar beliau Perdana Menteri Malaysia yang berani kerana benar.
Perjuangan ini perjuangan rakyat Malaysia. Perjuangan ini demi masa depan setiap anak cucu rakyat Malaysia.
Setapak tidak akan kami undur kerana di belakang kami adalah 30 juta rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama mahupun fahaman politik.
Nantikan kenyataan peribadi saya menjelang petang.
Cinta untuk Malaysia!
Anina Saadudin

Ketiga-tiga plaintif merupakan individu menandatangani 'Deklarasi Rakyat' yang menuntut perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada awal Mac.


Menurut mereka, Najib sebagai PM, pengerusi Barisan Nasional, presiden UMNO di atas tindak tanduk sengaja menghalang, mencampuri, menindas dan menindas siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Tahun lalu, Anina telah menfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh menuntut pembayaran balik RM2.6 bilion, yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.

1 comment:

  1. Mahkamah skg ni Mahatir dah kasi ubah dulu mcm dia punya, tak ada hal punya Mahatir mesti menang
    Hehehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa