Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 3, 2016

Jadilah apa pun............walau pun 'Jebon' dan 'Barua'!

Ada cara sendiri konon..........
Bila dah jadi 'anjing buruk kepala' itu jerlah jawapannya!

PAS tak sertai Dr Mahathir tumbangkan Najib, mahu jadi ‘blok ketiga’
Published: 3 March 2016 8:51 PM
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya lebih selesa menjadi

PAS tidak akan menyertai majlis menandatangani perisytiharan bagi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri, yang dijangka berlangsung esok atas inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu lebih selesa menjadi "blok politik ketiga" dalam mengubah kepimpinan negara.

"PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui blok politik ketiga, ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PAS memilih jalan menyembah cadangan kepada Majlis Raja-raja agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana politik RM2.6 bilion dan isu semasa yang lain.

"PAS konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara."

PAS juga mencadangkan agar Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi membentuk kerajaan baharu.

Siang tadi, Pakatan Rakyat juga menjarakkan diri daripada majlis perisytiharan menuntut penyingkiran Najib esok kerana gabungan pembangkang itu mahukan reformasi menyeluruh sistem politik tanah air dan bukan sekadar menggantikan seorang perdana menteri semata-mata. – 3 Mac, 2016

11 comments:

  1. Pas konsisten mende nya. Konsisten dgn u-turn ada lah. Kejap kekiri, kejap kekanan, pastu ketengah pula. Consist Turn kut.

    ReplyDelete
  2. Pas ni ckp ja.
    aku tak nampak pun bende yg dikatakan nak dibawa ke majlis raja2.
    ular ja lebih

    ReplyDelete
  3. Tuang Mountdwellang,

    takeyudeng kate 'blokpolitik ketiga' .. blok apě benďěnyě, blok ke kayu balok?..hudud manè hudud weh.
    Tontowiview katě "politik matang' ..nok tanyě sikit 'matang ke menatang'..,?
    Kalu mung takmboh bersamě nok demontrasi nok pereboh hj nagib, dengang mung2 tergolek jatoh bersamě2 bersedondon.
    Puok2 kitě pakat kemah kkeming mmolek, biar ssembang bahang tanoh jilat cok umno /barisang sonal sebelung PRU 14.
    Selamatkang Al-malaysia.

    Pok Mang teganu

    ReplyDelete
  4. baru tonton video YB Nizar. beliau kata hadi suruh ustaz ahmad awang buat kerajaan gabungan dgn umno diperak 2008 wlpn pas perak tlh tandatangani perjanjian dgn pkr dan dap perak. dlm perjanjian tsb YB Nizar tlh dilantik secara sepakat sb mb perak.

    begitulah celakanya manusia bernama abdul hadi awang yg terlebih melayu dr Islam.


    ReplyDelete
    Replies
    1. ... nak tunggu saman fitnah dari Hadi Awang. Diap ko Nizar.. kah kah kah kah kah kah kah. Politik natang politik blok ketiga politik kelas tiga akan saman fitnah dan saman malu kat ko Nizar... ( kalau Hadi tak salah la.. kalau memang Hadi arah... diam ja.. tunggu AlTontoni AlPorni AlJermani jawab bagi pihak)..

      Delete
  5. Dia ingat mr presideng dia tu ada idea tersendiri yg akan diterima ramai.

    Apa ke bendanya, kluk klek dah memang trade mark mr presideng!

    ReplyDelete
  6. Konsisten dgn politik matang atau "politik natang". PAS tikam dari belakang kawan2 dlm pakatan.... Tu dia tuang presiden PAS yg jadi "tali barut" UMNO yang bernama Hj Hadi "broker". Sebab dia jadi penasihat UMNO... Hj Hadi cakap macam orang "tolol" yang tengah mabuk pil kuda, "saya anti parti Umno, tetapi saya berkawan dengan orang UMNO". Apa bezanya "saya anti perbuatan jenayah, tetapi saya berkawan dengan si penjenayah" atau "saya anti rasuah, tetapi saya berkawan dengan pelaku rasuah". Kalau macam tu Hj Hadi ni boleh dikategorikan sebagai "barua" UMNO la... atau "pengkhianat". Apa yg dia cakap dulu tu terkena kepada diri dia sendiri...

    ReplyDelete
  7. Blok xde pendirian hahaha...mcm haramjadah

    ReplyDelete
  8. Pok Mang teganu becakap seperti orang mabok laut .. berat nnanang mung Pok Mang ..hi

    ReplyDelete
  9. Pok Mang teganu memamg bingai tahap melaluit ..

    ReplyDelete
  10. Pas nak block je. Lepas block ketiga, block keempat pulok. Janji block. Kuasa tak mahu, tentang kemungkaran tak mahu, masuk pihanraya tak mahu menang, tahu tahu nak block je. Lebih baik tengok cat kering.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa