Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 14, 2016

Kenyataan Media: Anwar Sedang Sakit

Kenyataan Media
14 Mac 2016

Anwar Sedang Sakit, SAMM Desak Rawatan Rapi di Hospital

Hari ini dalam keadaan krisis politik memperlihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap relevan. Ini dibuktikan dengan jelas di mana pihak yang memperkudakan nama rakyat untuk bersekongkol dengan mahathir sendiri tidak mampu berdiri sendiri tanpa endorsement dari Anwar. Maka kononnya mereka mengumumkan 'surat dari penjara' menyokong mereka.

Walaupun sebelum itu beberapa pemimpin PKR berjumpa dgn beberapa kelompok aktivis anwaris untuk minta sokong Deklarasi Mahathir dengan jaminan kononnya deklarasi itu akan menyebut dengan jelas desakan pembebasan Anwar.

Malangnya deklarasi yang ditulis Mahathir dan dibaca oleh Mahathir selaku ketua jelas tidak langsung menyebut soal Anwar tetapi hanya tertumpu pemecatan Najib Razak dan kuncu Najib semata-mata.

SAMM bukan Anwaris jauh sekali kami bukan front NGO PKR atau mana-mana parti politik. Kami berdiri sendiri malah banyak kali berlaku pertembungan di antara SAMM dan Anwar itu sendiri dari sudut idea dan pelaksanaan.

Namun kita perlu akui peranan dan pengaruh Anwar. Jasanya yang sanggup dipenjara demi melawan korupsi dan pertahan prinsip membuka mata kesedaran banyak rakyat Malaysia. Desakan pembebasan Anwar merupakan simbol perjuangan melawan salahguna dan penindasan undang-undang.

Menurut maklumat terbaru Anwar dalam keadaan sangat sakit di dalam penjara, tiada siapa ambil peduli. Apa yang mereka peduli hanya mengasak Anwar bersetuju dengan strategi menjadikan mahathir ketua dan negarawan bagi menjatuhkan Najib. Soalnya apa selepas itu?

Dengan maklumat perkembangan terbaru tahap kesihatan anwar, SAMM dengan ini mendesak pihak berkuasa memberikan rawatan sewajarnya sesuai dengan hak anwar walaupun beliau seorang banduan. SAMM akan menggunakan semua cara dan menggesa semua terlibat dalam memastikan anwar dibawa ke hospital dan mendapat rawatan rapi yang sempurna dalam masa sesegera mungkin jika pihak berkuasa masih menghormati "kemanusian".

Desakan pembebasan anwar perlu dipergiatkan. Mahathir buat masa ini masih ego dan meneruskan kezalimannya pada Anwar. Satu video temuramah (terbaru) dengan wartawan jelas Mahathir masih setuju fitnah terhadap Anwar bersalah meliwat dengan mengatakan semua harus akui keputusan mahkamah.

Inilah mahathir bila tidak kena hatinya dia katakan sistem rosak. Namun apabila menyentuh perihal Anwar dan rakyat, dia suruh akui sistem walaupun di zamannya sistem perundangan yang bebas dihancurkannya.

Percayalah juga bila desakan menolak mahathir datang dari kalangan pembangkang diperkuatkan, Mahathir tidak mustahil akhirnya akan membuat 'u turn' dan sebut anwar tidak bersalah. Ingatlah bahawa Mahathir ini penganut machaveli tegar. Matlamat halalkan cara.

Sekian,

Faisal Zainal
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sila klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1325612840797565&id=100000465851843 untuk tonton temuramah Mahathir dgn media.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa