Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 4, 2016

Kenyataan Umum CheguBard

KENYATAAN UMUM

4 Mac 2016

1.       Pendirian saya jelas korupsi, salah guna atau lemah urus tadbir, pembaziran wang rakyat dilakukan oleh siapa pun harus ditentang dengan berani. Saya sejak 1998 telah mendedahkan ratusan kes berkaitan, ratusan laporan polis, laporan SPRM (dahulu BPR) termasuk ratusan ribu risalah pernah saya cetak dalam menentang perkara berkenaan namun sesuatu yang amat pedih apabila kerajaan yang sama kita naikkan menggunakan perbagai slogan berteraskan kuasa rakyat juga disedari terlibat dalam perkara tersebut.  Namun bagi saya dan kawan – kawan ia harus dibongkar dan dilawan tanpa ada istilah tidak apa orang kita maka diamkan saja atau jumlah sikit berbanding Najib. Sikit atau banyak atau siapa perlaku bukan persoalan tetapi kesalahan sebegitu harus ditentang lebih – lebih lagi dalam kerajaan yang menggunakan slogan reformasi.

2.       Dari isu wang Zakat dari Selangor yang diagih diluar Selangor demi mengukuhkan politik kelompok tertentu tanpa pemantauan, DEIG yang penuh misteri, ubah suai ringan (facelift) Gerbang RM9.8juta yang kemudian kononya derma, tukar kubah/ pejabat Masjid RM65.7 juta sehinggalah isu projek pembalakan hutan simpan untuk jajaran talian elektrik.

3.       Untuk pengetahuan semua, pendedahan terbuka saya hanya lakukan setelah semua proses dalaman parti tidak memberikan kesan. Walaupun sudah didedahkan ke umum, Menteri Besar Selangor terus ego , tidak lut teguran marah saya di caci dengan menyalak, macai Umno dan sebagainya, dia tidak menjawab langsung isu tersebut hanya menyifatkan ia fitnah.

4.       Umum kena ingat, Azmin sendiri yang apabila ditanya berkenaan projek balak tersebut secara sombong menjawab ia tender terbuka dan dia tidak terlibat langsung dalam proses kelulusan. Kemudian saya berjaya membuktikan dengan pendedahan dokumen RAHSIA (OSA) milik kerajaan Selangor yang jelas membuktikan Azmin menipu iaitu kelulusan melalui mesyuarat yang dia pengerusikan dan tiada tender terbuka seperti yang diperkatakan. Malah sebuah syarikat bertaraf ‘enterprise’ yang mempunyai bidang kerja rojak tanpa ada kaitan dengan pembalakan mendapat projek balak bernilai puluhan juta , ia amat meragukan.

5.       Mungkin tidak mampu lagi menjawab akhirnya hanya Pengarah Jabatan Hutan Selangor menjawab dan seorang Exco Kerajaan negeri mengeluarkan ugutan untuk mengambil tindakan undang – undang.  Walaubagaimanapun Pengarah Jabatan Hutan dengan jelas membuktikan sekali lagi Azmin sememangnya menipu apabila dalam kenyataannya menyatakan Balak diluluskan melalui MMKN dan tiada tender terbuka. Sudah tentu MMKN dipengerusikan oleh Menteri Besar. Ugutan Exco untuk mengambil tindakan undang – undang pula saya balas dengan ‘silakan’.

6.       Terbaru semalam saya mendapat panggilan dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memaklumkan saya diperlukan untuk rakaman percakapan kerana ada laporan polis dibuat kerana saya mendedahkan dokumen ‘rahsia’ milik kerajaan negeri Selangor. Nampaknya tiada beza apa yang saya depani apabila membongkarkan salahguna kuasa pemimpin Bn dengan perkara yang saya hadapi sekarang ini.

7.       Aduan rasmi saya yang pertama berkenaan berkaitan perkara ini ialah pada 2015 lagi , pada 11 januari 2016 saya dipanggil Jawatankuasa Disiplin bagi membentangkan dakwaan atau tuduhan saya. Saya telah hadir dan membentangkan dengan menyerahkan semua bukti.

8.       20 Januari 2016 telah dikeluarkan amaran oleh PKR untuk berdiam sementara semua siasatan selesai. Pada 18 Febuari 2016 saya mendapat makluman rasmi menyatakan berkenaan isu agihan zakat dan DEIG dianggap selesai kerana Azmin telah dipanggil memberikan penjelasan. Manakala berkenaan dokumen ‘RAHSIA’ ia diluar bidang kuasa parti dan dengan itu aduan saya ditutup.

9.       Apa beza cara penyelesaian ini dengan penyelesaian kes 1MDB atau RM2.6 billion yang kita pertikaikan ? Malah ada pembela Azmin menjawab rakyat Selangor mendapat habuan banyak seperti air percuma, bas percuma dan lain lain – lagi, respon saya ialah Apa beza dengan Najib kita serang dia perbagai soalan tetapi dia juga memberi BRiM dan perbagai gula – gula lagi. Semua yang kamu beri ialah hak rakyat dan ia tidak menghalalkan pembaziran dan korupsi sama sekali.

10.   1 Mac 2016 saya menerima surat dimana saya dihukum ‘gantung’ oleh PKR dengan 10 pertuduhan kononya saya memalukan parti. Saya juga dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab dalam masa 14 hari. Persoalanya ialah saya yang menegur dan berusaha memastikan parti ini bersih dan mampu memperbaiki diri dilihat memalukan tetapi yang membazir dan lemah tatakelola pentadbiran dipelihara ? Gantung itu satu hukuman dan saya dihukum tanpa saya dipanggil membela diri ? adakah ini perlembagaan parti dan adakah perlembagaan parti mengiktiraf undang – undang ala ISA, hukum dulu baru siasat ?

11.   Saya keluar ke media mengasak pembaziran harta rakyat dihentikan setelah semua proses dalaman tak memberikan kesan dihukum sebegini, tetapi ingatkah kita apabila Azmin selepas PRU 13 keluar ke media menuduh Presiden mengamalkan kronisma dan nepotiesma kerana kecewa tidak dilantik menjadi Menteri Besar, apa hukuman ke atas nya ? Adakah PKR seperti regim yang dilawan yang menggunakan dua set undang – undang ?

12.   Selepas kenyataan ini sudah tentu saya akan terus dserang dengan perbagai tuduhan. Saya mennginatkan jika soal jawatan saya pernah menolak lantikan yang diumumkan presiden parti secara terbuka, jika soal habuan saya beritahu di sini, Azmin sendiri telah menemui seorang yang agak rapat dengan saya untuk disampaikan kepada saya apa yang saya mahu .

13.   Kita kononya melawan regim kerana fitnah mereka. Tetapi bagaimana saya yang secara tiba – tiba diserang fitnah oleh kartel azmin melalui ratusan akaun yang kebanyakanya palsu. Saya sebut disini antaranya ialah seorang Exco Kerajaan negeri P.Pinang dari PKR sendiri terlibat untuk menfitnah saya mendapat habuan dari YAB Lim Guan Eng untuk menyerang Azmin.

14.   Serangan Azmin terhadap Lim Guan Eng baru – baru ini pun hanya untuk mengalihkan isu ini kerana dia perlu mengalihkan perhatian rakyat dalam keghairahan dia mengambil kesempatan dalam krisis politik terkini. Slogan reformasi bukan lagi aspirasi tetapi hanya untuk menaikkan diri.

15.   Dimunculkan cerita kononya saya mendapat habuan projek menternak ikan sangkar tanpa tender terbuka dari kerajaan negeri P.Pinang untuk menyerang Azmin. Ini fitnah sepenuhnya. Diwujudkan juga beberapa akaun palsu guna identiti che’GuBard konon saya kecewa dengan Azmin kerana saya mohon Azmin belikan saya van dan Azmin tolak kerana itu saya serang Azmin. Ini semua usaha kartel Azmin yang terdesak.

16.   Bila orang Umno kritik Najib kita raikan sebagai hero, malah apabila Umno mengenakan tindakan kita kutuk Umno tidak demokratik dan kita sebut Najib mengawal Umno umpama dewa yang tidak boleh dikritik. Namun bila berlaku dalam parti kita , kita bertindak serupa malah dalam beberapa keadaan lebih teruk lagi.

17.   Kepada Azmin dan kartelnya, ya kamu ada kuasa dan duit kamu boleh buat semuanya, ya..saya susah orang susah dan tiada kuasa tetapi kebenaran itu ada ‘sakti’ yang tersendiri. InsyaAllah saya tidak akan mengalah.

18.   Saya sedang menemui beberapa teman – teman peguam yang boleh membantu secara ‘pro bono’ untuk mendapatkan nasihat guaman sebelum menemui PDRM bagi dirakam percakapan dan meneliti fitnah yang diserang kepada saya dan kawan – kawan saya bagi tindakan undang – undang. Jika dipenjara sekalipun kerana mendedahkan dokumen membuktikan penipuan seorang Menteri Besar saya tidak akan menyesal.

19.   Perubahan perlu didesak bukan ditunggu. Mengasak keadilan (supaya tertegak) meratah kezaliman. Perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata, berhentilah berjuang hanya dengan slogan.

BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN
ahli seumur hidup ‘yang digantung semula’
Parti Keadilan Rakyat.

7 comments:

  1. Dia ni memang sakit hati betul dengan azmin ali.

    ReplyDelete
  2. hebat individu bernama BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN

    ReplyDelete
  3. Benar tetap benar..teruskan usaha

    ReplyDelete
  4. tp apa yg dia kata ada kebenarannya. knp azmin tak ambil tindakan? azmin hanya komen dlm media. ambil ler tindakan undang2.

    cth pasal zakat org Selangor, azming pergi agih diluar Selangor. azming pasti ke semua asnaf Selangor dah dpt?

    pasal balak yg diberi pd syarikat kontraktor yg tak pernah buat kerja balak. jbtn hutan kata mkn yg luluskan. siapa pengerusi mkn? chegubard pertikaikan, knp tiada tender terbuka? kalau ada, sila tunjuk keratan akhbar. mudah sja...

    ReplyDelete


  5. Watak Madey

    Watak2 Najib & pimpinanan Umno

    Watak Azmin Ali

    Watak Hadi Awang Haron Din serta walaun2nya

    Semua watak2 diatas adalah PENIPU dan lebih cilaka lg mnjd "PENGELIRU" kpd
    rakyat yg bnar2 dahagakan smutlak2 KBNARAN dan KEADILAN!


    RAKYAT wajib disedarkan dgn semua "watak2" BANGKAI sprt diatas dan harus bersama WATAK2 yg dibawa oleh

    Anwar Ibrahim

    Rafizi Ramli

    Cekgu Bard

    Husam Musa

    Mat Sabu

    Dr Dzulkifli

    Kit Siang

    Guan Eng

    Tony Phua


    Kerana mrk yg diatas ini bnar2 coba mnegakkan steguh2 INTEGRITY serta Transparency demi membela sbnar2 "HAQ" rakyt/masyarakat lebih UTAMA drp kpntingan diri mrk sendiri...Insy'ALLAH

    Mrk sggup mnghadapi apa shj kmungkinan dan tuduhan2 liar FITNAH yg tidak berasas semata2 utk menerangi kegelapan/KEZALIMAN hatta ada yg telah pun dihumban kpenjara berkali2 sbg BUKTI "merit" mrk kpd rkyat semata2 utk kpentingan RAKYAT yg mmbara djiwa mrk..

    Mrk lah PERMATA yg harus mnjd harapan kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa boleh buat. ramai org, melayu terutamanya, masih terlalu mudah diperkotakkatik dan dimanipulasikan oleh media perdana.

      Delete
  6. PKR adalah parti serpihan umno/BN yg dianggotai oleh dua kelompok utama..bekas BN dan aktivis masyarakat..yg jd problem ialah pemimpin2 bekas umno/bn yg tetap ada sifat penyamun,penyangak dan salah guna kuasa..kalu depa perintah mesia ni pun..2kali5 ngan umno gak..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa