Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 3, 2016

Mad Sabu, tak payahlah nak ulas ungkapan dari sibebal!

Tak guna masuk pilihan raya tapi tak mahu kuasa - Mohamad Sabu
01 Mac 2016 | HAZAYANI ZAKARIA

Amanah bersama Pakatan Harapan akan melawan Umno-BN habis-habisan untuk mengambil alih Putrajaya walaupun ada parti pembangkang berkata mereka tidak mahukan kuasa.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, adalah suatu yang pelik apabila menolak Umno tetapi ingin berbaik-baik dengan pemimpin Umno.

Mohamad dipercayai merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau anti-Umno tetapi tidak anti orang Umno.

Abdul Hadi juga menyatakan pendirian tidak akan menyertai demonstrasi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

“Kawan-kawan dalam Pakatan Harapan akan lawan Umno dan ambil alih Putrajaya sebab presiden parti lain kata mereka tak bertujuan merebut kuasa tapi kami nak rebut kuasa.

“Tak guna kita bertanding pilihan raya tapi tak nak kuasa. Ini ucapan paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik.

“Kita tolak Umno dan tolak orang yang menjadi calon Umno. Tak boleh tolak Umno, tapi tak tolak pemimpin mereka,” kata Mohamad sewaktu berucap di majlis makan malam muhibah anjuran Amanah Wilayah Persekutuan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib berundur

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan semalam berkata, tindakan Abdul Hadi yang tidak mahu menyertai demo anti-Najib menepati kriteria budaya politik matang yang kini sedang diterajui Pas.

Katanya, Pas kini menjalankan politik berteraskan orientasi yang berasaskan prinsip dan dakwah yang menolak politik kebencian dan emosi.

Malah beliau menjelaskan, Pas juga memilih kaedah demokrasi untuk menaikkan atau menjatuhkan seseorang pemimpin.

"Pas menolak budaya anarki. Perlu disedari semua bahawa politik Pas adalah untuk menyelamatkan ummah dengan Islam yang dijulang dan syariat yang diperjuangkan.

"Justeru itu Pas tidak memusuhi individu sebaliknya apa yang dimusuhi Pas ialah ideologi, dasar dan sistem yang bertentangan dengan syariat Islam," kata Nasrudin dalam kenyataannya semalam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa