Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 15, 2016

Manusia semakin kejam, dunia kembali ke zaman batu

16 terkorban dalam insiden serangan resort di Ivory Coast
16 terkorban dalam insiden serangan resort di Ivory Coast
Seorang remaja yang cedera sedang dikawal anggota tentera di sekitar kawasan berlaku serangan. - Foto AFP
GRAND-BASSAM: Sejumlah 16 orang disahkan terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah resort di Grand-Bassam, Ivory Coast pada Ahad, lapor AFP.

Dalam serangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Al-Qaeda itu, mayat-mayat mangsa tembakan dilaporkan bergelimpangan di pantai sekali gus meningkatkan ketakutan umum mengenai ancaman pengganas di Afrika Barat.

Presiden Ivory Coast Alasanne Ouattara berkata, 14 orang awam dan dua anggota pasukan khas telah terkorban dalam insiden tembak-menembak yang menyasarkan tiga buah hotel tersebut.

Seorang warga Perancis dan seorang warga Jerman adalah antara mereka yang terbunuh, kata Menteri Dalam Negeri Hamed Bakayoko.
Salah satu mangsa yang terkena tembakan di pantai setelah sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah resort di Grand-Bassam. - Foto AFP/Sia-Kambou

Pemantau perisikan Amerika Syarikat, SITE, berkata sekutu Al-Qaeda di bahagian Afrika Utara telah mengaku bertanggungjawab dalam serangan di pusat peranginan yang popular dalam kalangan ekspatriat Barat berkenaan.

Kumpulan penyerang yang dikenali dengan label Al-Qaeda Islamic Maghreb (AQIM ) itu dalam satu kenyataan memberitahu bahawa tiga pejuangnya telah terbunuh, sementara Ouattara pula mendedahkan enam penyerang disahkan mati.
“Impak daripada insiden ini sangat besar,” ujar Ouattara sejurus beliau tiba di Grand-Bassam, yang terletak di Teluk Guinea kira-kira 40 kilometer ke timur Abidjan.

Presiden Perancis Francois Hollande mengecam serangan yang disifatkan sebagai perbuatan pengecut itu, selain menawarkan sokongan kepada kerajaan Ivory Coast dalam memburu pengganas.

Siasatan menegnai insiden berkenaan kini sedang berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa