Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 5, 2016

Media tak berubah selagi Najib kekal berkuasa

 | March 5, 2016

Kerajaan Najib Razak akan melakukan apa sahaja termasuk menyekat media atas talian untuk kekal berkuasa.
najib kadir
KUALA LUMPUR: Sebarang perubahan terhadap media tidak akan berlaku di negara ini selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disingkirkan.
Dakwaan itu dibuat bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Tan Sri A Kadir Jasin sambil berkata, kerajaan akan menggunakan pelbagai cara untuk kekal berkuasa termasuklah membuat kawalan terhadap media atas talian.
“Saya tidak nampak situasi berubah sehingga kita mengubah Perdana Menteri (Najib).Kawalan media terutamanya media berasaskan internet akan meningkat. Itu sahaja caranya bagi kerajaan, untuk Perdana Menteri mengekalkan kuasa kerana beliau tahu tidak lagi boleh bergantung kepada media arus perdana.
“Media arus perdana mengalami kerugian. Satu cara adalah mengawal perkembangan media atas talian,” katanya dalam forum Media Disekat, Demokrasi Nazak malam tadi.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwa mencadangkan supaya Akta Penerbitan dan Percetakan dimansuhkan dan digantikan dengan satu badan yang lain untuk melindungi media.
“Rang undang-undang untuk mansuhkan akta penerbitan dan percetakan perlu diperkenalkan di Parlimen.
“Kita kena pastikan kita mulakan dengan semua ahli Parlimen nak selamatkan Malaysia, mansuhkan akta itu dan tubuh Majlis Media supaya media boleh melaporkan tanpa rasa takut,” kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Turut menjadi panel dalam forum tersebut ialah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Parit Buntar,Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa,Syahredzan Johan,Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran dan pengasas Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown di mana penyertaan beliau diadakan menerusi video Skype.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa