Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 3, 2016

Musuh ketat bergabung kerana negara?

Betul ke tak ada agenda politik peribadi?
Sayangnya Muhyiddin punya telor yang kecut!

Thursday, 3 March 2016
MAHATHIR - ANWAR SUDAH BERGABUNG, LAGI TERTUTUP LALUAN NAJIB NAK LARI...

Tanpa menunggu lebih lama setelah meninggalkan UMNO, Tun Mahathir Mohamad terus mengorak langkahnya dengan membentuk persefahaman dengan parti-parti pembangkang untuk menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri.

Esok, jam 3.30 petang dan bertempat di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri itu akan mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan seterusnya akan menandatangi deklarasi bersama untuk menuntut pengunduran Najib.
Selain pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan dan beberapa wakil rakyat Pas yang akan turut hadir, yang lebih menarik ialah bila Nurul Izzah Anwar sendiri turut mengadakan sidang akhbar bagi mengalu-alukan program bersama Tun Mahathir itu.

"Ya, esok kami akan mengadakan sidang akhbar bersama Tun Mahathir pada jam 3.30 petang dan ia dilakukan dengan semangat keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut negara.

"Bukan isu dendam, peribadi atau marah, tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah yang konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," tegas anak sulung Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dengan sedianya Nurul Izzah khususnya dan PKR amnya dalam menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir esok, ia sudah boleh dianggap leburnya permusuhan antara Anwar dan keluarganya dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Bermakna Tun Mahathir dan Anwar sekarang sudah "sehati sejiwa" dan "selagu seirama" dalam perjuangan menyingkirkan Najib yang dianggap beban dan  lebih "durjana" kepada negara.

Jika dulu PKR ditubuhkan tidak lain untuk menjatuhkan Tun Mahathir, kini kedua-duanya menampakkan sudah saling bekerjasama menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara serta melupakan luka-luka lama mereka.

Walaupun Anwar kini di dalam penjara, tentunya kesediaan Nurul Izzah dan PKR menjalinkan persefahaman itu sudah pun mendapat restu daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri.

Jika gandingan Tun Mahathir dan Anwar dalam kerajaan dulu pernah dianggap  terbaik untuk negara, tidak mustahil bercantumnya kedua-dua mereka kali ini, gelombang kebangkitan rakyat lebih bergelora untuk terus "memukul" dan "membadai"  Najib.
Lebih dari itu, walaupun keputusan Muhyiddin Yassin untuk terus bersama UMNO, ia juga tidak lagi memberi kelebihan kepada Najib memandangkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menyatakan persetujuan untuk hadir dalam perhimpunan anti Najib pada 27 Mac nanti.

Akhirnya, kalau pun dalam tempoh yang singkat itu Najib tidak berjaya diundurkan, beliau hampir pasti akan terdampar oleh keputusan pengundi dalam PRU 14 nanti berikutan bergabungnya Tun Mahathir dengan Anwar serta apa yang dilakukan oleh Muhyiddin ini. (SH 03/03/2016) - sumber

2 comments:

  1. tolong sikit tolong
    kalau setakt nak turunkan matjib itu matde suka
    bial matjib turun tak kira sapa naik pun yang pasti orang omno
    bila omno dah ok itu jam matde serang pakatan untuk pru14
    jangan lupa itu
    berapa kali mau kena denagn ini matde
    berapa kali mau masuk lubang bewak

    ReplyDelete
  2. Kerisauan dan kekhuatiran yang begitu menyenakkan untuk menerima hakikat yang menimpa rakyat yang begitu berharap angin perubahan akan berlaku tetapi disebaliknya.Puak puak Mahathir ini serta UMNO Mahathir akan menggunakan kesempatan dan peluang dengan mencanangkan nama Anwar Ibrahim untuk menarik perhatian dan dokongan.
    Bila tercapai hasrat dan cita cita, Anwar tetap dalam kurungan dan malah lebih teruk lagi.Nak menyesalpun dah tak guna dan dah terlambat.Renungkanlah perkara yang tak mustahil ini akan berlaku.Mahathir orang yang tergamak dan sanggup melakukannya.Bukan dalam semua hal kita kena bersangka baik.Ada kala dan ketika perlu berhati hati.Sebab itu Rasulullah Saw menuntun kita untuk membuat pilihan dengan solat istikharah.Terima kasih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa