Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 3, 2016

‘Sangat khuatir’ sungguhkah Amerika?

AS ‘sangat khuatir’ tindakan keras Putrajaya terhadap media
Published: 3 March 2016 8:23 AM
Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan keras Malaysia terhadap media hari ini, mengatakan kebebasan akhbar dan Internet di negara Asia boleh menjejaskan prospek kerjasama 2 hala daripada berkembang.

Jurucakap Jabatan Negara AS John Kirby berkata, Washington "sangat khuatir" tindakan keras Malaysia baru-baru ini berhubung laporan mengenai hal ehwal semasa dalam negeri, termasuk menyekat akses kepada portal berita The Malaysian Insider (TMI), minggu lepas. 

TMI menerbitkan laporan mengenai skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyiasatan berhubung AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, portal berita itu melanggar undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, undang-undang 1998 yang melarang menggunakan laman web bagi menerbitkan "apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain".

Najib menafikan sebarang salah laku ke atas wang yang dipindahkan ke dalam akaunnya, dengan mengatakan ia adalah sumbangan politik dan tiada apa diambil untuk kepentingan peribadinya.

AS juga bimbang apa yang kerajaan gagal lakukan berkaitan tindakan terhadap kumpulan media yang menjadi sasaran sebelum ia menyekat akses dan memulakan siasatan jenayah terhadap wartawan, pengarang dan penerbit, kata Kirby.

"Kebimbangan yang sama juga berhubung ramai pengguna media sosial di Malaysia menghadapi tuduhan bagi posting kritikal mereka terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara," kata beliau sambil menambah pegawai Malaysia bercakap mengenai pindaan undang-undang "yang akan terus menyekat ruang atas talian".

Beliau berkata, AS berharap "mengembangkan kerjasama" dengan Malaysia terhadap cabaran bersama, sambil menambah "dalam konteks itu, kami menggesa kerajaan Malaysia memastikan semua undang-undang, yang sedia ada dan akan datang, menghormati kebebasan bersuara sepenuhnya, termasuk aliran bebas idea di Internet ". – Reuters, 3 Mac, 2016 - sumber

1 comment:

  1. pi mampuih la amerika bapak pengganas besar dunia
    pembelit penjajah besar dunia
    mana mana negara yang boleh dipegangnya dibiarkan langgar aturan
    yang dibencinya dihimpitnya kirikanan
    tu pun banyak ketua negara pakat berebut nak pi jumpak ketua pengganas
    bayar pun bayarlah
    ngan dr zakir naik pun dah mula takut puak amerika ni
    bila hujah lawan hujah kalah puak kapir ni
    harap ugut denagn senjata nuklear

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa