Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 19, 2016

Tak ngaku pulak?

Saya tak kata MO1 itu Agong, kata Nawawi

  | August 19, 2016
Ahli Parlimen Langkawi membuat laporan polis di Hulu Kelang tengah hari tadi menafikan beliau mengatakan Yang di-Pertuan Agong ialah MO1 yang disebut DoJ.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad hari ini membuat laporan polis mendakwa kenyataannya diputar belit dan menunjukkan seolah-olah beliau mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan identiti Malaysian Official One (MO1) yang penuh kontroversi.
Bercakap kepada FMT, Nawawi berkata laporan itu dibuat di balai polis Ulu Kelang tengah hari tadi.
“Saya menyatakan di dalamnya saya tidak mengatakan Agong ialah MO1 yang disebut Jabatan Kehakiman (DoJ).
“Soalan yang ditanyakan kepada saya ialah dalam konteks laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, yang dikeluarkan awal tahun ini. Laporan DoJ pula dibuat bulan lalu.”
Wakil rakyat Umno itu berkata memandangkan PAC ialah panel Malaysia, beliau mengandaikan jika ada mana-mana disebut mengenai MO1 dalam laporannya, ia pasti individu paling berkuasa di negara ini mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Jadi dengan merujuk kepada Perkara 32 perlembagaan itu, saya membuat tafsiran berdasarkan kepada pemahaman saya sebagai orang biasa yang bukan peguam, dan menyimpulkan Agong ialah Pegawai Malaysia Nombor 1,” katanya.
Nawawi berkata laporan dibuat hari ini tidak menamakan mana-mana individu yang didakwa “memfitnahnya”. Bagaimanapun, beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
“Saya akan berbincang dengan peguam dan lihat apa yang boleh kami lakukan.”
Nawawi baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan mengatakan menurut Perlembagaan Persekutuan, “Agong ialah MO1” di Facebook. Beliau kemudian memadamkannya tetapi ia masih boleh dilihat dengan menekan butang “edited” di ruangan komen di Facebooknya.
Ramai tokoh terkenal termasuk bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendesak Nawawi memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan “khianat” itu.
Sejumlah lapan laporan polis dibuat terhadapnya setakat ini berhubung kenyataan itu, termasuk satu yang difailkan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

3 comments:

  1. tangkap dan bawa kemahkamah si biadap ni. lidah mcm ular. apa..selama ni yg kena tangkap sbb bercakap pasal penghinaan pada raja2 bukan rakyat biasa ka??
    yb ni patut di tarik anugerah datok nya dan di tangkap

    ReplyDelete
  2. Sudah hilang telornya......

    ReplyDelete
  3. Lucut je title Datuk dia tu...puak puak nak kena ajar sikit....oleh kerana nak mempertahan kan Najib mereka sanggup buat apa pun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa