Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 19, 2016

Siapa yang dimaksudkan Zahid ni?

Rakyat tidak bencikan UMNO sebaliknya bencikan tingkah laku sesetengah pemimpin - TPM 
Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Ogos 19, 2016 15:35 MYT

Rakyat tidak bencikan UMNO sebaliknya bencikan tingkah laku sesetengah pemimpin - TPM
Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli sempena majlis pemimpin bersama rakyat hari ini. - Foto Bernama
JELI: Bukan UMNO yang dibenci rakyat sebaliknya tingkah laku sesetengah pemimpin di dalam parti Melayu itu yang tidak disukai rakyat.

Menurut Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tingkah laku sesetengah pemimpin di semua peringkat tidak disukai rakyat, sehingga terpalit pada parti.

‎“Rakyat tidak benci pada UMNO tetapi benci pada tingkah laku sesetengah pemimpin UMNO. Sama ada di peringkat Bahagian, Negeri dan atas, kita kena jaga tingkah laku kita.

‎”Oleh kerana peri laku sesetengah pemimpin mementingkan peribadi, menyebabkan UMNO rosak. UMNO sebagai institusi rosak disebabkan individu yang memimpin di peringkat Cawangan, Bahagian. Kita (ahli UMNO) harus muhasabah dan sedar gerak kerja penting. 26 tahun kita sengsara ada duri dalam daging dalam UMNO, cabutlah duri itu, jangan dicampak kepada kawan. Kali ini kita tarik semula mereka bersama kita,” ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat  dan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Pusat Dakwah Jeli, Pondok Moden di sini hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid menambah, sikap seperti "cah keting" merasakan diri hebat dan ingin menonjol dengan menjatuhkan orang lain merupakan sikap yang merosakkan parti dan menjadi duri dalam daging.

Sehubungan itu katanya, sifat merasakan diri hebat perlu dikikis kerana dalam UMNO semua pihak memerlukan antara satu sama lain.

Ahli parti juga diminta menanam kepercayaan antara satu sama lain ‎dengan meletakkan kebersamaan dalam semua perkara.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, menyarankan agar UMNO Kelantan‎ agar memberikan perhatian kepada pengundi tempatan yang mewakili 85 peratus pengundi berdaftar di Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa