Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 15, 2016

Kes Tembak: Tengok pada mata dan riak muka, dia ni bukannya sihat

Kes Tembak: Pengawal Peribadi Didakwa Atas Sembilan Pertuduhan
mStar Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 1:16 PM
GEORGE TOWN: Seorang pengawal peribadi dihadapkan di mahkamah di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan membunuh, lima pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan mendatangkan kecederaan pada 1 Disember lepas.

Di Mahkamah Majistret 1, Ja'afar Halid, 37, didakwa membunuh majikannya yang juga ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lagi, Choi Hoi Ming, 32, dan Senthil Murugiah, 38, dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini antara pukul 7.15 malam dan 7.30 malam, 1 Disember lepas.

Tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid. 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Untuk setiap kesalahan itu, Ja'afar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Januari ini untuk sebutan semula kes dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 1, Ja'afar mengaku bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak lima individu iaitu Lee Hong Boon, 56, di dada kiri; Nurul Huda Ab Aziz, 38, di bahu; Puah Bee Joo, 32, di bahu; Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, di dada kiri dan K. Arivarni, 33, di kepala.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Ja'afar didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi setiap kesalahan itu yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris memohon mahkamah untuk menetapkan tarikh baharu bagi membolehkan Ja'afar dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan kesihatan mental dan memohon tertuduh untuk tidak diikat jamin.

Hakim Irwan Suaibon kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan 16 Jan ini untuk sebutan semula kes.

Irwan berkata:"Walaupun Orang Kena Tuduh (OKT) membuat pengakuan tetapi mahkamah tidak merekodkan pengakuan itu berdasarkan kepada kesihatan mental OKT.

"Jadi, mengikut Peraturan 342(5) Kanun Prosedur Jenayah mahkamah membenarkan OKT menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama satu bulan," katanya.

Di Mahkamah Majistret 3, Ja'afar turut mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Lim Boon Leng, 32, dengan memukul di bahagian kepala menggunakan sepucuk senjata api di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

7 comments:

  1. Betul dan aku setuju dgn admin tapi aku nengok gambar tertuduh diatas mcm sama gambar admin kat bawah...... sorang gila tembak orang yg sorang lagi meroyan 'tembak' ulamak sbb sakit hati tak ikut kemahuan DAP. Dey thamby! PAN dah ada sbg khadam DAP.... LU masuk PAN la atau terus jadi ahli DAP tak payah sibuk dgn parti lain punya hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang dah baca apa Ibn Taimiyyah kata ttg ulama yg rapat dgn umara? Pi baca dulu sebelum dok meroyan kat sini

      Delete
    2. Hang dah baca apa Ibn Taimiyyah kata ttg ulama yg rapat dgn umara? Pi baca dulu sebelum dok meroyan kat sini

      Delete
  2. Yg kita xsetuju ngn ulamak bkn pasal DAP..kita marah bkn krana dia baik ngn UMNO..kita marah krana dia memberi muka kat NAJIB yg terang2 menyusahkn rakyat..

    ReplyDelete
  3. Yg kita xsetuju ngn ulamak bkn pasal DAP..kita marah bkn krana dia baik ngn UMNO..kita marah krana dia memberi muka kat NAJIB yg terang2 menyusahkn rakyat..

    ReplyDelete
  4. Gua yakin 7.21 am ni pun kurang sihat. Dia punya coner baring nak pertahankan PAS sampai cite pembunuhan pun dia cite politik.. Hu hu

    ReplyDelete
  5. Gua yakin 7.21 am ni pun kurang sihat. Dia punya coner baring nak pertahankan PAS sampai cite pembunuhan pun dia cite politik.. Hu hu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa