Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 11, 2017

Masih ada lagi manusia bengong di maya, kematian jadi gurauan?

Berita kematian Razif Sidek adalah palsu - Rashid  
Februari 11, 2017 19:53 MYT
Berita kematian Razif Sidek adalah palsu - Rashid
Menurut Rashid, abangnya Razif Sidek (gambar) kini berada di Genting Highlands, Pahang, bagi menghadiri Kejohanan Badminton Liga Purple. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Berita kematian bekas jaguh beregu badminton negara Datuk Razif Sidek yang tersebar di laman sosial, adalah palsu.

Ini dinyatakan adik beliau, Rashid Sidek.

Rashid yang dihubungi Bernama berkata abangnya kini berada di Genting Highlands, Pahang, bagi menghadiri Kejohanan Badminton Liga Purple.

"Saya sendiri terkejut apabila menerima banyak panggilan daripada kawan-kawan yang bertanyakan tentang perkara ini sejak malam tadi. Jika berita itu benar, sudah pasti saya akan dimaklumkan lebih awal," katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir individu yang berniat buruk dengan memuat naik gambar seorang lelaki didakwa sebagai Razif terlantar di atas katil hospital.
"Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main kerana ia melibatkan nyawa dan perasaan individu yang terdekat dengan beliau," kata Rashid. -- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa