Saturday, February 11, 2017

Inilah akibat tindakan bodoh atau jenis lupa serban di kepala

Padah Pinjam Ahlong, 2 Pusat Tahfiz Tergadai!

Seorang pengetua pusat tahfiz bergelar ustaz sanggup menggadaikan 2 bangunan yang diwakafkan sebagai asrama tahfiz kepada Ahlong angkara pelaburan forex yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ustaz tersebut mencagarkan 2 buah bangunan tersebut kepada Ahlong untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM200,000.00 bagi tujuan pelaburan forex yang akhirnya hangus. Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Ustaz tersebut memohon bantuan PPIM, hasil siasatan mendapati jumlah hutang termasuk pelbagai caj (faedah, penalty dan lain-lain) telah meningkat kepada RM600,000.00.

Alhamdulillah, setelah perancangan teliti dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), Ahlong yang berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut.

Ramai mangsa Ahlong terjerat kerana menyangkakan mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah yang akhirnya jangkaan tersebut rata-rata meleset. Sehubungan dengan itu, sekiranya anda atau kenalan anda mempunyai masalah berkaitan Ahlong, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan.

Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444.

Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong!

Unit Banteras Ceti Haram

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.
#Viralkan #JanganSalahPinjam  - #NoToAhlong #NasihatDariPPIM 

- zaki

2 comments:

  1. Knp salahkan along? Ustaz yg tamak haloba. Am i really saying this?!? Benar, ustaz atau lebai bukan maksum. Ada faham walaun2 di luar sana. Ni yg pi pinjam kat along China, tak takut ka nanti negara tergadai? Salah along juga, lebih teruk lg semuanya salah dap

    ReplyDelete
  2. Ada yg pinjam drp along krn betul2 kesempitan. Kita boleh faham itu. Kes ini lain krn ustaz ni tamak haloba piang. Tak ada alasan sama sekali

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa