Tuesday, February 14, 2017

PAS tak tamak kerusi dan tak mustahil akan tambah kerusi di Kelantan!

Ini orang Temerloh yang cakap.......sedarkah dia orang di Kelantan dah ketaq dagu?
Macam-macam rapu dah keluar........Amanah nak menangkan UMNOlah, nak pecahkan undilaa....rapu begini terkeluar kerana ketar lulut

Alih-alih orang Temerloh cakap kerusi PAS tak mustahil akan bertambah. Memang tiada yang mustahil......kalah mungkin, BN menang mungkin, Amanah menang atau menggelupur makan tanah pun mungkin juga. PAS akan tinggal batu nesan pun mungkin juga 

Apa pun bercakap tu tugas dialah sebab dia adalah Ketua Penerangan........macam Salleh Said Keruak bagi kerajaan BN. Merapu tak merapu pun, hantam jerlah labuu......asalkan bercakap

Tak mustahil Pas tambah kerusi di Kelantan
HASLINA KAMALUDIN
13 FEBRUARI 2017
Nasrudin Hassan Nasrudin Hassan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

GOMBAK - Pas tidak akan teragak-agak untuk bertanding lebih banyak kerusi Dun pada PRU14 terutamanya di Kelantan.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun bilangan kerusi yang bertanding ditentukan pucuk pimpinan Pas, namun beliau yakin pemerintahan kerajaan Kelantan dapat dikekalkan di bawah pentadbiran parti itu.

“Jika melihat kembali, Kelantan antara negeri yang mengamalkan sistem demokrasi. Di sana, kalau rakyat tak suka, mereka boleh mengubahnya.

“Kelantan pernah ditadbir oleh BN dan dirampas semula Pas pada pilihan raya lalu. Jadi untuk berhadapan PRU14, kami yakin ia akan terus bersama Pas,” katanya.

Jelasnya, Pas tidak pernah mengamalkan prinsip ‘tamak’ kerusi sebaliknya melihat kepada keperluan.

“Sejak dahulu, Pas mengamalkan sikap toleransi dengan pelbagai pihak yang bersama kita.

“Cuma, untuk kali ini, jika lihat ada lagi cubaan ‘liar’ dan terus mencabar Pas, tak mustahil kami tambah bilangan kerusi bertanding di Kelantan,” katanya.

Jelasnya, pada masa ini, Pas akan melihat kepada parti-parti yang bekerjasama dengan mereka dalam blok ketiga.

“Mungkin ada kawasan, ada sahabat-sahabat kita nak bertanding, Pas akan beri laluan.

“Jika tidak, Pas akan teruskan bertanding di kawasan tersebut,” katanya.

Pada PRU13 lalu, Pas berjaya menawan Kelantan dengan kemenangan majoriti 32 kerusi berbanding BN yang hanya memperoleh 12 dan PKR satu kerusi.  

Pas kehilangan satu kerusi iaitu Dun Salor apabila wakil rakyatnya yang juga bekas Naib Presiden Pas, Datuk Hussam Musa dipecat oleh parti.

Beliau kini telah dilantik menjadi Penasihat Amanah Kelantan dan dijangka mempertahankan kerusi Dun tersebut atas tiket Amanah pada pilihan raya akan datang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa