Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, February 13, 2017

Ini dia sikap TMJ: Hantar pulang Mat Tere dengan kenderaan istana

TMJ hantar pulang Mat Tere dengan kenderaan istana
mk     Hari ini, 8:34 pagi
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghantar pulang Mat Tere, lelaki yang ditahan berhubung kenyataan terhadap putera itu, dalam sebuah kenderaan yang dipandu oleh pemandu Istana Johor.

Baginda semalam dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan menitahkan agar tahanan reman terhadap Muhammad Zul Apis Baharum, 29 tidak dilanjutkan dan dihantar pulang ke Kelantan.

Tunku Ismail juga percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu yang mempunyai "agenda politik".

"Mat Tere yang telah dibenarkan pulang ke negeri Kelantan pada hari ini selepas pihak polis Johor menerima titah daripada DYAM Tunku Mahkota Johor supaya tidak meneruskan tahanan reman terhadap beliau, dan dihantar oleh pemandu Istana Johor.

"Mat Tere dibawa pulang dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan oleh pihak Istana Johor bagi memastikan beliau sampai ke negeri Kelantan dengan selamat. Allah Peliharakan Sultan," kata laman Facebook Johor Southern Tigers.

Laman ini adalah akaun media sosial rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dimiliki oleh Tunku Ismail.

Ketua Pemuda Umno Ketereh Mohd Azam Ismail sebelum ini membuat laporan polis terhadap penangkapan itu.

"Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini," Mohd Azam yang juga Ketua Pemuda Umno Kelantan, dilaporkan berkata.

Keluarga Mat Tere juga memohon supaya Istana Johor memaafkannya kerana tidak sedar apa yang dia perkatakan, lapor Sinar Harian.

Polis memberitahu Malaysiakini kes itu ditutup kerana Tunku Ismail tidak mahu isu itu berlarutan.

* Harapkan pihak Polis berjaya mengesan dalangnya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa