Tinggal lagi di pihak mana?
Rakyat atau SPR?
SPR uji kesabaran rakyat
FMT Staff| June 13, 2013
Sehingga kini sudah 10 kali himpunan Blackout 505 telah diadakan di seluruh negara menuntut agar kepimpinan SPR melepaskan jawatan mereka.
PETALING JAYA: Apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kepimpinan SPR tidak akan meletak jawatan maka sebenarnya ia menguji kesabaran rakyat.
Sikap beliau ini mengundang kemarahan dan menguji kesabaran ketika rakyat sedang bangkit menentang perjalanan sistem pilihan raya yang melanggar prinsip demokrasi.
Sebab itu sehingga kini sudah 10 kali himpunan Blackout 505 telah diadakan di seluruh negara menuntut agar pimpinan SPR melepaskan jawatan mereka.
Tetapi sehingga kini tiada apa-apa response yang mereka berikan kepada rakyat. Mereka jelas memekakkan telinga mereka tidak memperdulikan tuntutan yang dibuat oleh rakyat Malaysia.
Semalam, Aziz Yusof berkata barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas mengenai kedegilan kepimpinan SPR enggan meletakkan jawatan walaupun terdapat banyak penipuan dan penyelewengan semasa PRU-13 lalu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata:
“Ketika semakin kuat keyakinan rakyat bahawa pilihan raya umum yang lepas dicemari penipuan, pemimpin-pemimpin SPR sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah.”
Dengan meluahkan kata-kata ini bermakna beliau mempertikai sikap Pengerusi SPR yang berkeras bahawa pemimpin-pemimpin suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan proses PRU-13.
Kata Salahuddin, pemimpin-pemimpin SPR itu bukan sahaja enggan mengambil tindakan bermaruah dan meletak jawatan, malah mereka memilih untuk menyerang rakyat yang tidak dapat menerima pilihan raya 5 Mei lalu sebagai pilihan raya yang bersih dan adil.
Menurutnya, keyakinan rakyat bahawa pilihan raya tersebut sebagai pilihan raya penuh penipuan bukan dibuat berdasarkan imaginasi mereka.
Malahan ianya berdasarkan begitu banyak laporan polis yang dibuat serta pelbagai pendedahan demi pendedahan yang tidak dijawab dengan meyakinkan oleh SPR, katanya.
Dan rakyat Malaysia jelas tidak akan bangkit menuntut hak mereka sekiranya pilihan raya umum yang lepas dilaksanakan dengan adil dan saksama.
Maka sebab itu, himpunan Blackout 505 akan diteruskan juga pada Sabtu, 22 Jun ini di Padang Merbok, dekat Bank Negara, Kuala Lumpur walaupun tidak mendapat kebenaran polis.
Menurut Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, perhimpunan ini akan diteruskan walaupun pihak penganjur tidak mendapat permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis.
Kakak rasa dia tetap buat tak tahu melainkan ada memo ke Agung agak-agak apa jadi ye?
ReplyDeleteBiasalah..dia akan berlindung di sebalik nama DYMM Agong..memanglah DYMM Agong yang lantik...TETAPI masa BERTUGAS depa jadi HANJING kepada BN UMNO...
ReplyDelete