Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 13, 2013

FAM Yang Kucar-Kacir......

Bila FAM besar kepala
Bola Sepak hanya menang sorak!

'Serangan' lebih bersifat peribadi
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menganggap kenyataan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan beliau sebagai punca masalah dalaman FAM itu lebih kepada ‘serangan peribadi’.
Azzuddin menegaskan, beliau tidak mahu memanjangkan isu tersebut sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan peminat dan pemerhati sukan tanah air.
“Saya memang pelik dan hairan. Kenyataan (Annuar) itu lebih bersifat serangan peribadi.
“Jika benar saya punca masalah dalaman FAM, kenapa Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) masih memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya?
“Hanya Presiden FAM yang berkuasa untuk melantik atau memecat Setiausaha Agung FAM dan saya masih mendapat perkenan daripada Tuanku,” kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Annuar sebagai berkata bahawa kewibawaan FAM semakin dikecam disebabkan Azzuddin gagal memainkan peranan dalam urusan urus setia persatuan tersebut.
Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Annuar mengenai kenyataan tersebut, Azzuddin berkata: “Kita tunggu dan lihat.”
Dalam perkembangan lain, Azzuddin tidak berminat untuk mengulas kenyataan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mencabar FAM memecat beliau daripada menerajui persatuan negeri itu.
Shahidan mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas berang dengan FAM yang menggantungnya, tetapi tiada seorang pegawai badan induk itu yang bertanyakan khabar mengenai PFA.
Bekas Menteri Besar Perlis itu turut ‘mengeluh’ kerana terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai gaji pemain skuad Singa Utara selain meminta FAM membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.
Untuk rekod, Shahidan digantung 30 bulan dan didenda RM39,000 selain dilucutkan status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga 2015
- Berita berkaitan di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa