Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 6, 2013

Bala Menyusukan Kera!

Published: Rabu Jun 5, 2013 MYT 8:37:00 PM
Warga Myanmar Diberi Amaran Jangan Ancam Keselamatan Negara
KUALA LUMPUR: Warga Myanmar yang bermastautin di Malaysia diberi amaran tidak mencetuskan ketegangan akibat fahaman politik di tanah air mereka sehingga mengancam keselamatan negara.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam tempoh lima hari sejak 30 Mei lepas, polis menerima tujuh laporan berhubung kes pergaduhan, yang antaranya menyebabkan kematian melibatkan warga Myanmar.
"Kejadian tersebut dipercayai ada hubung kait dengan pergolakan kaum di Myanmar," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Sehubungan itu, beliau berkata polis mengadakan beberapa operasi sejak Ahad lepas bagi membendung serta mencegah kejadian bunuh warga Myanmar daripada berulang.
Beberapa pergaduhan yang berlaku di Pasar Borong Selayang dan Kampung Baru Ampang sejak Sabtu lepas menyebabkan tiga lelaki warga Myanmar terbunuh. - Sumber

1 comment:

  1. Hantar balik aje semua pendatang Myanmar tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa