Tapi Praktiknya?
Kalau semua pihak termasuk Pemimpin dari atas ke bawah mengamalkan sebagaimana yang disarankan, pasti negara lebih maju dan rakyat lebih mewah
Tapi apakan daya pemimpin hanya tahu bercakap tetapi diri sendiri bukan setakat terpalit tetapi berkubang!
Lebih-lebih lagi yang merasa dirinya kebal dan "Untouchable"!
Integriti benteng rasuah – Taib
June 6, 2013
Tiga nilai asas - integriti, prestasi kerja yang berkualiti dan berilmu pengetahuan - perlu dihayati oleh semua pekerja.
Oleh Doris Apai
KUCHING: Negara perlu mencapai kecemerlangan setiap organisasi awam dan swasta dalam semua sektor sekiranya mahu memenuhi aspirasi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
KUCHING: Negara perlu mencapai kecemerlangan setiap organisasi awam dan swasta dalam semua sektor sekiranya mahu memenuhi aspirasi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, kecemerlangan yang dicapai sesebuah organisasi membuktikan ia adalah unggul dan mampan kerana ia merujuk kepada hasil diperoleh.
“Setiap organisasi mempunyai kumpulan individu yang berkepentingan di sekitarnya akibat kesan perkhidmatan atau produk ke atas mereka secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis Ucaptama dan Perasmian Seminar Pengurusan Organisasi Cemerlang anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut beliau terdapat tiga nilai asas yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua pekerja dalam usaha untuk mewujudkan organisasi atau negara yang berprestasi tinggi dan cemerlang iaitu integriti, prestasi kerja yang berkualiti dan berilmu pengetahuan.
Beliau berkata, intergriti perlu dilihat dan dihayati dalam konteks yang lebih luas kerana ia bukan sahaja bermakna menjauhkan diri dari amalan-amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Konsep integriti juga membawa maksud kepada nilai-nilai amanah, boleh dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifat-sifat keperibadian yang teguh, sentiasa menghargai serta memelihara kepentingan organisasi dan juga orang awam,” katanya.
Pengurusan sistematik
Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datuk Haji Talib Zulpilip berkata amalan pembayaran, gaji, kontrak, pembelian dan perolehan yang sistematik menjadikan organisasi itu amat dipercayai dan jarang menerima aduan berkenaan kelewatan.
Beliau berkata, amalan pembayaran cepat memang sudah menjadi polisi dalaman di SEDC dan sehingga April 2006 tempoh pembayaran 15 hari telah dipendekkan kepada seminggu.
“Amalan ini telah memberi kesan yang amat ketara dan positif serta mendapat pujian dan juga perbandingan dengan organisasi lain dari pelanggan SEDC,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Pengurusan Berkualiti Asas Pengurusan Cemerlang” pada Seminar Pengurusan Organisasi Cemerlang anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.
Menurut beliau, pada tahun 2012 SEDC telah berjaya membuat 97.7 peratus pembayaran dalam masa tujuh hari membabitkan jumlah besar mahupun kecil manakala baki dibayar dalam tempoh 14 hari.
Beliau berkata, nama baik sebagai pembayar yang cekap dan cepat (good paymaster) susah untuk dicapai dan kalau tercapai ia akan menjadi aset yang amat berharga kepada seorang individu dan organisasi.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa