Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 13, 2013

Betul ker cerita ni?

Puak-Puak yang cenderung terjun ke Kolam Taik?

Kalau cerita ini benar 
Maka mereka sama saja dengan Zulkifli Nordin, Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa
Yang taraf mereka sama hina dengan Brehem Katak yang kering lopak tuu di mata rakyat....

Jikalah benar begitu, aku yakin PAS akan hilang pengaruh dan hilang sokongan rakyat yang rindu dan harapkan sangat perubahan akan berlaku

Zaman gemilang PAS dengan sendirinya akan berlalu
Sokongan Cina dan India yang mahukan sesuatu yang baru akan hanyut

THURSDAY, JUNE 13, 2013

Proses Pembersihan Golongan Pro Pakatan Sudah Bermula????

Maklumat Tulang Besi dapat maklumat dari satu sumber yang sangat2 boleh dipercayai. Bahawa adalah sebuah "war-room" telah pun ditubuhkan. Matlamat "war-room" tersebut adalah untuk memandu serta mengkoordinasi kempen bagi menghadai pemilihan PAS bulan November ini.

Apakah matlamat kempen tersebut?

Tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan tokoh dalam PAS yang dilihat tidak "wala'" kepada ulama dan Presiden dibersihkan sama sekali dari kepimpinan tertinggi parti.

Antara nama-nama yang telah disenaraikan dalam senarai "bersih" adalah : Khalid Samad, Salahuddin Ayub, Dr Dzul, Dr Hatta Ramli, Dr Syed Azman, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Husam Musa dan ramai lagi. Dengar ceritanya Dr Siti Mariah serta Siti Zailah pun bakal disembelih.

Mereka2 ini dilabel sebagai "pro Anwar" dan dianggap meletak Anwar lebih tinggi dari Presiden kerana banyak memangkah serta menegur Presiden PAS.

Tulang Besi tidak tahu maklumat ini benar atau tidak.

Kalau ditakdirkan maklumat ini benar, dan kalau perancangan "pembersihan" ini berjaya, maka selepas ini PAS akan menjadi parti PRO NAJIB dan akan muncul nanti ramai "NAJIBRINA" dalam PAS.

Dengan terbuangnya orang2 seperti Salahuddin Ayub dari Dewan Harian, maka projek PERPADUANG atau UGII akan berjalan dengan lancar selepas ini.

Atas sebab itulah kita lihat sekarang ini puak2 UG begitu marah apabila konsep wala' dipersoalkan. Begitu bersungguh2 mereka mempertahankan konsep wala' dari dipersoalkan. Marah sungguh mereka apabila dikatakan wala'itu adalah candu.

Ini kerana modal mereka untuk menjalankan kempen pembersihan tidak lain hanyalah "Wala'" dan "ulama".

Masej machai2 UG adalah satu: Kepimpinan ulama mestilah diberikan wala' yang tidak berbelah bahagi. Jangan persoal kalau ulama suruh Najib jemput PAS untuk bekerjasama atau anak ulama pakai Porsche sedangkan si sosialis Jeyakumar Sungai Siput jual AP dia untuk buat jambatan rakyat, jumpa UMNO dalam gelap dsbnya.  Yang penting wala'.

Dah jadi macam paderi2 katholik pulak puak2 Ustaz dalam PAS ni ye. Tidak boleh mempersoalkan tindakan mereka sama sekali.

Nauzubillah min zalik

2 comments:

  1. Klu btul la maka INNALILLAH lah PAS tak lama lagi.Pas akan kembali d zaman 60an takde org.kisah pun dgn parti Islam ni.tak caya tanye le TGNA.

    ReplyDelete
  2. smoga UG tuh bnar2 trjd
    baru rkyat dpt SAKSIkan sape..
    sape yg PALING hina & jijik skali?

    umporno pon TAK sebangkai mrk nih!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa