Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 5, 2013

Dunia Artis Pun Tak Kurang Gilanya.......

Published: Rabu Jun 5, 2013 MYT 11:10:00 AM
Pelakon Baru Buat Laporan Difitnah Raja Azmi


Raja Azmi

PETALING JAYA: Pelakon baru, Adam Davin, 25, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini pada Selasa, mendakwa difitnah oleh produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

Menurut laporan Harian Metro, Adam mendakwa produser tersebut telah menggunakan media sosial untuk memburukkan namanya dengan memfitnah dirinya menipu duit pelakon lain, suka mencuri dan tidak memulangkan baju tajaan.
Menurut Adam, perkara itu terjadi selepas dia menarik diri daripada menaja pembikinan sebuah filem milik Raja Azmi bernilai RM1.4 juta.
"Saya tidak pernah berurusan dengannya sebelum ini, namun selepas bertemu beberapa kali, saya bersetuju menaja filem itu bersama seorang rakan lain dan Raja Azmi turut menawarkan watak hero dalam filem yang dijadualkan menjalani penggambaran awal bulan ini.
"Bagaimanapun selepas saya sedar dan mendapati produser itu seorang yang bermasalah termasuk turut memburukkan nama saya di laman sosial, saya menarik diri sebelum sempat menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM500,000 kepada beliau," katanya.
Jelasnya, laporan polis itu dibuat bagi menghentikan fitnah yang dilakukan oleh produser tersebut.
Sementara itu, Raja Azmi, 53, akan mengadakan satu sidang media khas berhubung isu tersebut di sebuah kafe di Melawati, pada Khamis. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa