Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 5, 2013

Jadi...Siapakah Dajjal Itu?

Kerja Dajjal adalah membuat fitnah dan melaga-lagakan orang!
PAS atau Pemuda PAS kena siasat siapa punya angkara memburuk-buruk dan melagakan PAS dan parti komponen PR yang lain

Kalau pendirian sendiri pun bagaikan macai
Tak bolehlah nak salahkan macai pihak lain!

KENYATAAN JAHAT DARI 'NIK ABDUH FAN CLUB'
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan terlibat dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.

Sambil tidak tahu menahu siapa dalang di sebalik kenyataan itu, menurut Nik Abduh yang juga Timbalan Pemuda Pas Pusat, beliau tidak pernah menulis kenyataan tersebut dan turut tertanya-tanya tentang pihak yang bertanggungjawab menggunakan namanya untuk tujuan itu.

“Saya menafikan apa yang tercatat itu dan tidak pernah menulis kenyataan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nik Abduh berharap rakyat negara ini lebih bijak menilai selain mengkaji maklumat diperolehi sebelum mempercayainya agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang kenyataan disebarkan media sosial.

Dalam laman sosial Nik Abduh Fan Club semalam tertera kenyataan ‘Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menyaksikan Nik Abduh yang juga anak bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dengan majoriti 8,047 undi. - sumber


Dan adakah benar ini puncanya?

Punca utamanya ialah umno dan macai-macainya sengaja ambil kesempatan untuk memecahbelah dan menghancurkan Pas kerana bukan rahsia lagi Nik Abduh terlalu rapat dengan 'kekanda UGnya' Nasharuddin Mat Isa. Malah dalam beliau pernah bercakap meminta supaya pengurusan Harakah dirombak semula hanya gara-gara tak puas hati apabila akhbar itu menghentam tindak tanduk puak2 UG dalam Pas.

Kerapkali juga Nik Abduk mengeluarkan kenyataan-kenyataan bangangnya mengkritik dasar yang telah dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR dalam pelbagai isu. Contohnya mengecam himpunan Black 505 dan menyalahkan Anwar Ibrahim secara terang-terang disebalik kegagalan menawan Putrajaya dalam PRU13 yang lalu.

Keadaan-keadaan tersebut diambil kesempatan sepenuhnya oleh umno untuk melaga-lagakan pimpinan Pas dikalangan pimpinan PR..

Memang padanlah Nik Abduh difitnah sebegitu kerana tindak tanduk beliau sendiri yang mengundang fitnah terhadap dirinnya..

- dari sumber ini

3 comments:

  1. Mungkin itu satu fitnah, tetapi itulah persepsi org terhadap tindaktanduknya. Isu ini tak akan timbul atau dikaitkan dgn Nik Abduh sekiranya dia sentiasa menjaga mulutnya dan kelibatnya yg selalu merencatkan dan mencemarkan hubungan antara PR. Sikapnya yg rakus, tidak menghormati org lain dan merasakan dirinya seorang ulamak yg wajib ditaati akan menyebabkan org berperasangka sebegitu.

    ReplyDelete
  2. Baru sangat jadi YB dah macam-macam berlaku, berbagai kenyataan yang tak disenangi, seolah-olah dia terlalu hebat... Saya amat mengkagumi TGNA maaf sekelumit kepribadian ayah tak ada pada analnya.... Sama seperti anak Almarhom TG Fadhil Nor, Fawaz..... Rasa terlalu biajk dan hebat.....
    Sedarlah orang lain dah berjuang setenagh abad, tapi beradab bila bercakap....
    Nah sekarang nafi.... SIAPA YANG BETUL NI......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa