Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 7, 2013

Kubur mangsa perang 1948 dijumpai

Salah satu lubang daripada enam kubur menempatkan mangsa korban kezaliman tentera Yahudi.

TEL AVIV - Enam kubur menempatkan ratusan mayat rakyat Palestin dipercayai menjadi mangsa peperangan Arab-Israel 1984, dijumpai di tanah perkuburan Islam di daerah Jaffa, Israel.

Pegawai tanah perkuburan Islam Kazkhana, Atar Zeinab memberitahu, enam lubang kubur besar itu ditemui sewaktu petugas binaan melakukan kerja membaik pulih kawasan kubur.

Zeinab berkata, beliau pernah membantu mengumpulkan mayat penduduk yang dibunuh dan menanamnya dalam satu lubang kubur besar ketika pertempuran dalam 1948.

"Mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak dimasukkan sekali dalam satu lubang dan paling menyedihkan, mereka tidak disembahyangkan mahupun dikapankan," katanya.

Sementara itu, Tabung Pembangunan dan Warisan Al-Aqsa melaporkan, penemuan baru itu adalah mangsa-mangsa kekejaman Israel yang melancarkan dasar penghapusan rakyat Palestin bagi menubuhkan negara Yahudi lebih 65 tahun lalu.

Sebelum ini, Jaffa merupakan bandar Palestin tetapi telah dirampas dan jatuh ke tangan tentera Israel serta militan pada 1948 dan bergabung dengan Tel Aviv dalam 1950.  - AP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa