Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 7, 2013

Polis Sedang Berusaha Mengeluarkan Mayat

Published: Jumaat Jun 7, 2013 MYT 5:19:00 PM
Polis Sedang Berusaha Mengeluarkan Mayat Dalam Kereta Kelisa Yang Remuk

Kereta Kelisa yang remuk akibat runtuhan.
GEORGE TOWN: Polis sedang berusaha mengeluarkan mayat dipercayai seorang lelaki di dalam kereta yang remuk dalam runtuhan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang kata Timbalan Ketua Polis P.Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Mangsa ditemui pada bahagian hadapan keretadi tempat duduk pemandu dalam keadaan terlangkup, menurut saksi di tempat kejadian.
Ahli keluarga mangsa juga dilihat dipanggil ke tempat kejadian.
Terdahulu, Abdul Rahim berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan kamera khas dan mendapati terdapat sekurang-kurangnya seorang mangsa di dalam kereta Kelisa hijau terperangkap di bawah runtuhan.
Bagaimanapun, beliau berkata, identiti dan jantina mangsa tidak dapat dipastikan lagi kerana mereka hanya melihat sebahagian badan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa