Abdul Aziz Mustapha,07 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat terganggu mental dan bercelaru fikiran kerana kesukaran memaksa Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, kata Datuk Mahfuz Omar.
"Apabila Dr Mahathir mendakwa himpunan-himpunan memprotes pilihan raya adalah urusan orang-orang Cina atau kerja orang-orang Cina, ia membuktikan bekas Perdana Menteri itu sangat terganggu mentalnya kerana masih tidak dapat merealisasikan apa yang dia mahu, iaitu memaksa Najib berundur.
"Penerusan kepimpinan Najib sangat mengganggu mentalnya," kata Mahfuz.
Keinginan Dr Mahathir supaya Najib berundur selepas pilihan raya mendapat liputan yang meluas sejak tahun lalu lagi.
Tahun lalu, Dr Mahathir dilaporkan meminta pemimpin-pemimpin Umno di negeri-negeri menangguhkan rancangan mereka untuk menjatuhkan Najib sehingga selepas pilihan raya.
Bekas Presiden Umno itu meminta mereka memberi tumpuan untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dahulu sambil menyarankan mereka bolehlah menggulingkan pemimpin mereka selepas pilihan raya.
"Bagaimanapun pengaruh (isteri Najib, Datin Seri) Rosmah di kalangan para pembesar Umno yang rata-rata mengalami ketagihan projek menyukarkan malah mungkin menghalang impian Dr Mahathir itu.
"Sebab itulah kenyataan dan tulisan beliau menggambarkan tekanan dan gangguan ke atas mentalnya kerana Rosmah semakin terbukti menjadi antara saingan yang sangat sukar beliau kalahkan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau juga menyifatkan percubaan Dr Mahathir yang sangat lucu untuk memperkecil-kecil perhimpunan-perhimpunan rakyat menentang kerajaan tipu pilihan raya akhirnya akan memberikan gambaran positif terhadap perhimpunan-perhimpunan tersebut.
"Dahulu, bila perhimpunan seperti Bersih lebih banyak dihadiri oleh orang-orang Melayu, Umno sendiri yang menuduh mereka menjadi alat Cina kerana kononnya orang-orang Cinalah yang makan hasil dari perhimpunan-perhimpunan itu.
"Sekarang bila ramai orang Cina menghadiri perhimpunan-perhimpunan menentang pilihan raya tipu dan kerajaan pilihan raya tipu, Dr Mahathir tuduh pula perkara itu akan mengakibatkan polarisasi kaum yang lebih serius," kata Mahfuz.
Beliau menyifatkan apa yang ditulis oleh Dr Mahathir dalam blognya itu hanyalah mainan perasaannya akibat tekanan dan gangguan mental yang dihadapinya.
"Apa yang sebenarnya berlaku ialah orang-orang Cina tidak mahu lagi ketinggalan menentang apa yang meraka yakini sebagai pilihan raya yang tidak bersih, tidak adil dan penuh penipuan," katanya.
Ia juga menunjukkan mereka semakin mahu ke hadapan menentang pilihan raya tipu dan tidak mahu ketinggalan di belakang orang-orang Melayu yang paling ramai dalam perhimpunan Bersih 1 umpamanya, kata Mahfuz lagi.
"Harap-harap MCA atau Gerakan tidak pula menuduh orang-orang Cina yang meramaikan perhimpunan menentang pilihan raya tipu itu menjadi alat Melayu kerana kononnya orang-orang Melayulah yang makan hasil dari perhimpunan-perhimpunan itu," kata Mahfuz sinis.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa