Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 7, 2013

Puulaaak!

Untuk mewajarkan kata 'tidak' 
Apa helah pun boleh dicari bila kuasa ada di tangan!
Dok gitu?
Tapi mungkin Polis pun ada terima tekanan juga....
Notis Permohonan Perhimpunan 15 Jun 'Tidak Lengkap' - Polis
KUALA LUMPUR: Polis, pada Jumaat mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut "tidak lengkap".
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pengurusan Padang Merbok tempat yang dimaksudkan mereka, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Mereka menghantar notis itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, malangnya notis itu tidak lengkap.
"Menurut ketetapan PAA, penganjur yang memberi notis kepada pihak polis juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan tempat yang mereka mahu mengadakan perhimpunan.
"Tetapi pihak penganjur, nampaknya masih belum mendapat kebenaran pihak pengurusan. Jadi notis itu tidak lengkap," kata Khalid.
Perhimpunan yang akan diadakan pada 15 Jun adalah untuk membantah tuntutan dakwaan penipuan pilihan raya dan penyelewengan semasa PRU-13

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa