Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 5, 2013

Ramai Meluat Tapi Majoritinya Masih Sokong!

Kata Mahthir itu betul tetapi yang bengap dan berfikiran kontot masih lagi menyokong UMNO
Dan majoritinya adalah dari golongan ini. Tanpa golongan ini UMNO dah gulung tikar dalam PRU13 yang lalu dan dah selamat diarkibkan!

Satu soalan untuk Mahathir: Siapakah yang merintis jalan ini sebelumnya?

Ramai orang Melayu meluat dengan Umno
FMT Staff | June 5, 2013
Perkara ini terjadi kerana Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair
PETALING JAYA: Umno sekarang ini tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisannya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ yang disiarkan dalam blognya www.chedet.cc hari ini beliau mengakui bahawa ramai orang Melayu sekarang ini meluat dengan Umno dan parti itu kini dianggap tidak lagi relevan dan perlu ditolak.
Menurut beliau, perkara ini terjadi kerana Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja.
“Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” terang Dr Mahathir.
Katanya, berbeza dengan Umno enam puluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.
Menurutnya, perjuangan pemimpin dan ahli pengasas Umno, yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu, ialah untuk bangsa, agama dan tanahair.
“Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.
“Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti Umno yang ditubuh oleh mereka.
“Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama,” kata Dr Mahathir.
Tiada pilihan
Tetapi hari ini menurut beliau, kesannya ialah ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.
“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.
“Semakin lama semakin kurang pemimpin Umno yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
“Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.
Di mana pergi mereka yang berbakat ini? Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya.
Tegas Dr Mahathir, “mungkin kita boleh tepuk belakang kerana Umno masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU-13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong Umno.
“Sebenarnya kemenangan Umno dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.  Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali,” terangnya.
Seburuk-buruk Umno katanya, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.  Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong Umno.
Namun demikian dalam PRU-14 nanti, Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.
“Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain,” ujar beliau.

1 comment:

  1. UMNO masih yang terbaik untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa