Tapi kata menterilaa....
Apa respon Najib dan ahli kabinet lain tak tahulah
Sosma memadai tangani tindakan pelampau
Apa respon Najib dan ahli kabinet lain tak tahulah
Sosma memadai tangani tindakan pelampau
10 Januari 2014
Nancy Shukri
KUALA LUMPUR - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah memadai untuk pihak berkuasa menangani sebarang tindakan yang mengancam keselamatan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata justeru, tiada keperluan untuk undang-undang baharu ataupun mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2012.
Beliau berkata rakyat juga perlu memberi peluang untuk melihat Sosma berfungsi dan setakat ini pelaksanaan Sosma belum nampak kelemahannya lagi.
"Kalau terdapat kelemahan, kita akan tambahbaik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis makan tengah hari yang dihos oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk isteri Perdana Menteri Turki Emine Erdagon di Pusat Kraf di sini, hari ini sempena lawatannya ke Malaysia.
Nancy berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melaksanakan semula ISA untuk menangani tindakan puak pelampau di negara ini.
Dalam isu berlainan, Menteri itu berkata sebanyak 16,394 individu bankrap telah diberi pelepasan oleh Jabatan Insolvensi tahun lepas.
Selain individu yang telah melangsaikan hutang mereka, pelepasan itu diberikan kepada individu bankrap yang membuat bayaran hutang secara konsisten setelah mendapat persetujuan dari pemiutang, katanya.
Nancy berkata kempen kesedaran mengenai peranan Jabatan Insolvesi yang giat dijalankan juga membawa hasil positif.
Antaranya ia berjaya menggalak 9,938 individu untuk memfailkan Penyata Hal Ehwal dengan jabatan itu pada tahun 2013 berbanding 8,553 orang pada tahun 2012, katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa