Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 10, 2014

Memang Aku Tak Yakin Yang Jakim Segila Itu

Gempar!! (Gambar)Tin Carlsberg ada logo HALAL JAKIM
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan rakyat negara negara ini perlu ada kebijaksanaan dalam konteks mereformasikan masyarakat khususnya melalui media sosial seperti twitter, facebook dan blog.

Timbalan Penguerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tidak menafikan peranan media sosial kini menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat dan berita.


Namun, katanya kebanyakkan rakyat negara ini terlalu taksub untuk menyebarkan maklumat walaupun maklumat itu adalah tidak benar.


Beliau yang juga pimpinan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berkata, Islam menuntut supaya umatnya melaporkan berita dan menyebarkan maklumat dengan berhati-hati untuk tidak menyebabkan sesiapa terkena fitnah. 
"Dalam masyarakat, kesejahteraan umat harus ada, dan inilah perlu menjadi keprihatinan masyarakat. 


"Kalau kita sudah tersiar berita yang tidak betul, segera tarik balik dan inilah dasar dan etika Islam supaya kita tidak menyebabkan orang lain teraniaya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.


Tambahnya, pelbagai maklumat palsu yang disebarkan akan mengundang dendam kesumat antara kumpulan tertentu yang ada dalam masyarakat antaranya seperti Syiah, Kristian dan banyak lagi.


Ekoran ini, katanya pendirian serta sikap 'errogant' dan tidak bertanggungjawab akan menuduh kumpulan tertentu akan menyebabkan masyarakat sengsara. 
"Akhirnya sesama sendiri akan bergaduh, senanglah musuh. Kita pula tidak dapat apa-apa, yang buruk akan menjadi lebih buruk.


"Budaya kebencian dibawa oleh iblis dan syaitan agar kita dihalang mengingati Allah padahal apa yang dituntut oleh Islam ialah kasih sayang dan harga menghargai bukannya kebencian. Sesuai dengan Islam itu rahmat untuk semua.


"Ini semacam, usaha untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah ekonomi yang semakin mendesak. Bertembung kerana agama ianya sangat bahaya untuk rakyat," jelas beliau.


Abdul Ghani berkata demikian mengulas beberapa maklumat yang disebarkan melalui media sosial antaranya logo halal di tin minuman keras 'Carlsberg'.


Bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.


Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

1 comment:

  1. tengok betapa beraninya puak ni buat sesuka hati dalam negara yang dikatakan Islam .kalau ya pun sengaja dilakukan untuk mengalih isu naik tak kanlah sampai tahap macam ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa