Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 3, 2014

Anih: Sayangkan Allah, Tinggalkan KitabNya!

Aku rasa korang faham dengan maksud tajuk N3 aku di atas
Hanya 400 orang saja ahli UMNO di kawasan-kawasan itu?
Terserlah perangai dan tindak tanduk mereka-mereka ini

400 berdemo, lapor polis, bakar patung Lawrence

Lebih 400 ahli Umno bahagian Kuala Langat dan beberapa NGO mengadakan demonstrasi secara aman berhubung isu penggunaan kalimah Allah di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Banting hari ini.
    
Wakil Umno bahagian, Belia 4B, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Jemaah Muslim, Majlis Belia Daerah dan Pekida Kuala Langat membuat bantahan terhadap kenyataan Pengarang Majalah Mingguan Katolik 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Mereka juga membuat laporan polis terhadap Lawrence dan membakar patung paderi itu di lokasi berkenaan.
    
Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli berkata demonstrasi itu diadakan kerana sampai sekarang tiada reaksi atau permohonan maaf daripada Lawrence berhubung kenyataannya itu.
    
Badan Perhubungan Umno Selangor dalam mesyuarat khasnya Isnin lepas meminta Lawrence menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan umat Islam di Selangor.
    
Beliau berkata kenyataan Lawrence telah membelakangi titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagaimana termaktub dalam Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
    
Sulaiman berkata mereka tidak menunjuk perasaan di hadapan gereja tetapi di hadapan IPD kerana tidak mahu menimbulkan ketegangan dengan penganut Kristian di Banting kerana yang menimbulkan masalah ialah Lawrence.
    
"Kami masih sayangkan negara ini. Lagipun kalau salah, senang polis nak tangkap," katanya.
    
Di KUALA LUMPUR, Umno Bahagian Cheras, Pemuda dan Wanita membuat tiga laporan polis berhubung isu itu IPD Cheras pada pukul 3 petang tadi.
    
Setiausaha Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Medhar Syed Abdullah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu tersebut. - sumber

4 comments:

  1. Ini politik cerita aje nak buat melayu alpa dan lupa harga barang naik sehingga melayu merempat miskin.....

    ReplyDelete
  2. kalau sayang Allah tunaikan perintah Allah tapi banyak yang langgar perintah Allah.sandiwara je lebih.
    piiirah pooorah. ni geng ghoblah

    ReplyDelete
  3. Abe,

    Dalam isu demo ni yang amat penting kita perlu tanya puok2 ni dapat permit polis ke dok. Kita kena check sekarang sebab kalau puok lain asyik polis tuduh xde permit je

    ReplyDelete
  4. Paderi Lawrence Andrew boleh mengemukakan saman kpd penganjur yg membantah itu, kerana peruntukan dlm perlembagaan persekutuan memberikan kebebasan beragama pd penganut agama selain islam. Yg dilarang adalah menyebarkan agama tersebut kpd orang islam. Pengamalan (praktis) dlm gereja atau premis persendirian adalah bebas, jika dirujuk kpd perlembagaan persekutuan, undang2 tertinggi di Malaysia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa