Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 4, 2014

Lagi Anggota Polis Buat Hal

Tiga Lelaki Termasuk Konstabel Polis Didakwa Rompak Pelajar
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pelajar kolej, Disember lepas.
Konstabel Md Harris Abd Rashid, Azly Abd Aziz dan Rozali Ahmad bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenis iPhone 5 milik Farith Rayyen Akop, 19, di sebuah bilik hotel di Jalan Cheras, di sini, pada 12.45 tengah malam 25 Disember lepas.
Md Harris, 35, dari Ibu Pejabat Polis Serdang; Azly, 33, kontraktor dan Rozali, 30, pekerja di syarikat pembinaan, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Bache membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala Azly diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab dan Harris diwakili peguam Mohamad Zaidi Ismail.
Rozali tidak diwakili peguam. - BERNAMA

2 comments:

  1. Alangkan yg membunuh pun boleh lepas, inikan pula setakat merompak berkumpulan. Kita tunggu dan lihatlah keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  2. Ini seperti harapkan anjing jaga ayam , ayam yang di makan anjing..... Kecuali ayam naik kapalterbang yea !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa