Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 15, 2014

Ape Ker Jenis Binatang Ni?

Oh! Malaysiaku yang aman damai.......

Budak kecik pun nak dirompaknya!
Jadi...takyah nak bangga sangatlah dengan kedamaian dan keselesaan yang kita ada
Ini di Sarawak

Di negeri lain yang kita dengar dan lihat saban hari pun lagilah merisaukan
Tak kira golongan mana, asalkan ada peluang akan dimangsakan
OKU pun dah pandai jahat, jadi penjenayah!

Cis...rompak budak-budak
Oleh Alias Abd Rani
Kuching: “Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek,” kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang.
“Sebelum itu, saya ke lokasi kejadian kerana mahu menjemput isteri pulang sebelum dikejutkan dengan kekecohan itu.
“Saya melihat penduduk keluar beramai-ramai dan mereka memaklumkan dua beradik itu cuba dirompak.
 ANGGOTA polis menahan lelaki yang cuba merompak dua beradik.
DUA beradik ditenangkan selepas ketakutan disamun dua lelaki.
“Hati saya geram dan sebab itu saya terus memecut kenderaan untuk mengejar suspek. Ketika itu, suspek berlari selepas ditinggalkan rakannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa