Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 15, 2014

Kerana Tamak Dan Bodoh Mungkin Bersara Di Penjara

Kenapa tutup muka?
Tahu pula malu
Masa bersara yang sepatutnya hidup senang lenang tanpa serabut di kepala mungkin akan dihabiskan di penjara
Aku tahu betapa selesanya apabila hidup sebagai seorang pesara
Pagi di kedai kopi sembang dan jumpa kawan, tengahari rehat, petang riadah dan malam pula bersama Tuhan.
Anak-anak sudah berjaya dengan haluan masing-masing
Masalah tak pernah singgah
Ada luang pergi makan angin
Sekali sekala tengok anak, tengok cucu, tengok menantu
Hidup senangkan? - Syukur Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah!

Pesara hadapi lima tuduhan
MOHD FIRDAUS YON
14 Januari 2014

Zaid (bertutup mulut) menghadapi lima pertuduhan kemuka tuntutan palsu

JOHOR BAHRU - Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu ke atas program yang tidak dilaksanakan bernilai RM6,500 pada tahun 2009.

Zaid Md Amin, yang juga bekas Pegawai Penerangan Daerah Ledang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz sejurus kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Tertuduh didakwa memperdayakan Jabatan Penerangan Johor dengan membuat dokumen pesanan kerajaan bagi perkhidmatan penyediaan makanan untuk Program Pemimpin Bersama Rakyat yang sebenarnya tidak dilaksanakan.

Berdasarkan pertuduhan, Zaid didakwa membuat empat dokumen pesanan palsu di Pejabat Daerah Ledang masing-masing bernilai RM500 untuk menyediakan perkhidmatan makanan bagi penganjuran program berkenaan di empat lokasi berlainan pada 18 Mei 2009.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama pada 4 Ogos 2009 di lokasi sama dengan membuat pesanan bernilai RM4,500.

Zaid didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Noor Fazlin Hamdan menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, A Ashok memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan Zaid adalah seorang pesara kerajaan dan mempunyai dua anak yang sedang menuntut.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 3 Februari ini untuk sebutan semula kes.

4 comments:

  1. Syangnya hanya anak bilis yang tertangkap sedangkan jerung palahap tetap bebas mencari mangsa.

    ReplyDelete
  2. Sdr. Asrul Sani

    Kerana bilis yang tertangkaplah kita kena waras dan jangan ikut nafsu.

    Jerung terlepas adalah kerana kita yang memilih bapak jerung jadi ketua. Mana ada perompak nak tangkap penyamun!

    ReplyDelete
  3. Bila buat tak gunakan yg akal panjang inilah akibatnya...

    ReplyDelete
  4. yang Zaid buat tapi 'terlepas' mungkin lebih banyak lagi. org macam ni, biasanya dah banyak kali buat tapi lepas, dia naik syok. Tengok berapa banyak aset dia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa